1.4 tan daun ketum dirampas, rumah sewa dijadikan transit seludup ke Thailand
1.4 tan daun ketum dirampas, rumah sewa dijadikan transit seludup ke Thailand
Longgokan daun ketum seberat 1.4 tan yang dibungkus secara berasingan dirampas polis dalam serbuan di sebuah rumah sewa, di Kampung Kolam, Padang Besar, yang dipercayai dijadikan lokasi transit sebelum diseludup keluar ke Thailand.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Saifudin Aslin Abbas, berkata pihaknya menghantar sepasukan anggota untuk mengintip aktiviti di rumah sewa itu selepas menerima maklumat awam pada jam 9 malam, Jumaat.
Katanya, selepas sejam membuat pemerhatian, tiada penghuni atau individu datang ke rumah berkenaan sebelum pihaknya menghubungi pemilik rumah berkenaan.
Menurutnya, sekitar jam 10 malam polis bertindak menyerbu rumah berkenaan dan hasil pemeriksaan menemukan bungkusan mengandungi daun ketum.
“Daun ketum yang dianggarkan seberat 1.4 tan bernilai RM42,000 itu dipercayai bersedia untuk diseludup masuk ke negara jiran melalui lorong tikus.
“Siasatan awal ke atas pemilik mendapati urusan sewa rumah berkenaan diuruskan oleh adiknya dan dia tidak tahu menahu mengenai longgokan daun ketum berkenaan,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Saifudin berkata, siasatan sedang dilakukan untuk mengesan penyewa rumah berkenaan yang dipercayai sudah melarikan diri.
“Selain itu, pemilik rumah dan adiknya juga dipanggil untuk dirakam keterangan.
“Rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan lanjut,” katanya disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Katanya, polis meminta masyarakat untuk bersama membantu mencegah dan mengekang jenayah bagi menjadikan daerah Padang Besar kawasan yang selamat dan bebas jenayah dengan menyalurkan maklumat kepada polis di IPD Padang Besar di talian 04-9492222. FMT
1.4 tan daun ketum dirampas, rumah sewa dijadikan transit seludup ke Thailand
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.