Siapa nak jadi KM, silakan jumpa kepimpinan tertinggi – Sulaiman

Sebaran :

Siapa nak jadi KM, silakan jumpa kepimpinan tertinggi – Sulaiman

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali mengingatkan pihak yang mahukan jawatan disandangnya untuk bertemu sendiri dengan kepimpinan tertinggi negeri.

Beliau berkata, pergolakan politik di Melaka tidak menjejaskan urusan pentadbiran negeri, malah semua sembilan anggota Exco negeri masih menjalankan tugasan masing-masing seperti biasa dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19 ketika ini.

“Siapa nak jadi Ketua Menteri, silakan, boleh jumpa dengan kepemimpinan tertinggi (negeri). Saya berdiri di sini (bertugas) dan setakat hari ini kerajaan yang ada masih berjalan seperti biasa. Mengenai desas desus politik di Melaka ini, saya pun tengok juga (sama ada) esok saya masih ada atau tidak (jadi kerajaan).

“Dunia politik begitulah, khabar angin adalah perkara biasa dalam dunia politik. Namun, selagi saya diberi mandat oleh kerajaan sedia ada untuk memimpin dan menguruskan negeri, saya akan menjalankan tugas seperti biasa dan apabila diminta turun, saya akan turunlah,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Semalam FMT melaporkan spekulasi kerajaan Melaka yang diterajui Umno bakal tumbang bertiup kencang selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan Bersatu didakwa akan menyokong Pakatan Harapan (PH).

Bercakap kepada FMT, sumber yang rapat dengan perkara itu berkata, perbincangan antara PH dan empat ADUN itu berlangsung sejak dua bulan lalu ketika ketegangan antara Umno dan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mencapai kemuncak.

Sumber itu berkata, pengumuman mengenai perkara itu sepatutnya dibuat minggu ini namun ia ditangguhkan.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau berhasrat untuk bertemu dengan empat ADUN terbabit, Sulaiman berkata, ia tidak mungkin berlaku.

“Kenapa saya nak jumpa dia? Kalau siapa nak jadi Ketua Menteri datanglah (jumpa saya) dan boleh jumpa pihak kepemimpinan, itu je,” katanya.

Sulaiman berkata, jika PH benar-benar sudah mempunyai Akuan Bersumpah (SD) yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu, mereka perlu mengemukakan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Mohd Rustam. FMT

Siapa nak jadi KM, silakan jumpa kepimpinan tertinggi – Sulaiman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera


Sebaran :

Leave a Reply