Azalina kini jadi penasihat khas Ismail Sabri
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Azalina Othman Said, dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri bagi hal ehwal undang-undang dan hak asasi manusia.
Perkara itu disahkan Azalina sediri hari ini. Dia yang pernah berkhidmat sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan menerima surat pelantikan daripada Ismail Sabri Yaakob.
Ahli Parlimen Pengerang itu juga berterima kasih kepada perdana menteri atas keyakinan melantiknya ke jawatan berkenaan.
“Terima Kasih YAB Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan.
“Insya-Allah dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Pada 23 Ogos lalu, di tengah kemelut politik negara membabitkan persengketaan di antara sesetengah pemimpin kanan Umno dengan Bersatu, Azalina meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.
Ia kemudian memberi tekanan kepada Bersatu khususnya presiden parti itu, Muhyiddin Yassin, yang didesak oleh Umno untuk berundur atas alasan sudah hilang sokongan majoriti parlimen.
Muhyiddin akhirnya meletak jawatan secara rasmi pada 16 Ogos.
Peletakan jawatan Azalina itu menceguskan spekulasinya yang mengaitkannya dengan pelantikan ke dalam kabinet Ismail Sabri. Bagaimanapun naib presiden Umno itu tidak menyenaraikan Azalina dalam barisan jemaah menterinya.
Di sebalik kedudukannya sebagai anggota parti kerajaan, Azalina tetap mendapat sokongan daripada pembangkang yang menyarankan dia dimasukkan ke kabinet, khususnya bagi mengelola hal ehwal wanita serta kanak-kanak.
Sementara itu, veteran Umno Shahrir Samad menyifatkan pelantikan Azalina sebagai penasihat perdana menteri adalah tepat berdasarkan ketegasannya.
Jelas Shahrir, Azalina bukan saja layak dilantik sebagai penasihat, malah berkelayakkan untuk memegang jawatan sebagai peguam negara.
“Ketegasan Azalina mempertahankan kemuliaan Dewan Rakyat apabila digantung semasa darurat membuktikan dirinya sebagai seorang yang berprinsip tegas.
“Ismail Sabri mengambil langkah berani dengan melantik Azalina sebagai penasihat undang-undanh dan hak asasi manusia kerana dia seorang yang mengambil serius apa sahaja peranan yang diberikan kepadanya.
“Bagi saya, Azalina layak sangat dilantik sebagai peguam negara supaya negara boleh berubah kepada pemisahan peranan peguam negara (sebagai anggota Jemaah Menteri dan penasihat undang-undang kerajaan) dengan peranan pendakwa raya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.
Azalina kini jadi penasihat khas Ismail Sabri
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Mohon Doa Orang Ramai..’ Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Buah Pinggang