Resepi pulut panggang sedap yakmat
Resepi pulut panggang sedap yakmat
Sedapnya pulut panggang ni. Sesuai dihidangkan waktu sarapan dan minum petang. Jom ikuti bahan dan cara penyediaan kuih tradisional ini.
BAHAN PULUT
1 cawan beras pulut – rendam 2 jam
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya – layurkan
Lidi – secukupnya
CARA:
1.Basuh beras pulut dan tos kan. Masukkan ke dalam periuk dan campurkan santan dan garam. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu.
2.Apabila kering, biarkan pulut masak atas api paling kecil sebentar. Sejukkan.
3.Ambil daun pisang yang telah dipotong, letak pulut atas daun pisang, letakkan inti di tengah-tengah pulut dan gulung daun pisang biar kemas.
4.Tekan bahagian hujung daun agar pulut kemas dan selitkan lidi. Buat hujung satu bahagian lagi. Panggang atas api sederhana dan balik-balikkan pulut selalu. Apabila daun telah hangus dan garing sikit, bolehlah diangkat.
BAHAN INTI
1 kilo kelapa putih
½ udang kertas – dibuang kulitnya
½ mangkuk cili kisar
6 batang serai – dikisar
2 biji bawang besar – dikisar
2 sudu besar jintan manis- dikisar
4 biji bawang merah- dikisar
Sedikit kunyit.
Sedikit gula dan garam secukup rasa.
Sedikit minyak.
Garam dan gula – secukupnya
CARA:
1.Kisar kan semua bahan sehingga halus, masukkan udang dan kelapa parut kisar sebentar. Kemudian tumis bahan yang sudah dikisar hingga naik bau.
2.Masukkan sedikit gula dan garam. Masukkan sedikit kunyit dan sebatikan. Apabila nampak sedikit kering angkat dan sejukkan.
Resepi oleh Norzila Saim
Resepi pulut panggang sedap yakmat
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan