Wanita tabah hadir perkahwinan bekas kekasih dengan sahabat karib

Wanita tabah hadir perkahwinan bekas kekasih dengan sahabat karib

Seorang wanita di Indonesia menjadi tular kerana menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih dengan rakan baiknya sendiri, lapor portal berita Wolipop semalam.

Dalam satu video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @deawidya36, wanita bernama Dea Widya itu kelihatan menyapa dan mengucup pipi pengantin perempuan.

“Ketika bekas kekasih berkahwin dengan sahabat baik saya,” tulis Dea pada keterangan video tersebut.

Menurut Dea, dia dijemput ke majlis itu oleh pengantin perempuan sendiri.

“Reaksinya (pengantin lelaki) biasa sahaja. Ini kerana yang menjemput saya ialah rakan saya sendiri.

“Saya datang kerana menghargai mereka sebagai rakan,” ujarnya.

Video tersebut menerima lebih daripada 2.9 juta tontonan dengan ramai netizen memberikan kata-kata semangat buat Dea.

“Sabar ya. Nanti Allah akan gantikan dengan lelaki yang lebih baik,” kata seorang pengguna.

“Bekas kekasihnya terlopong melihat penampilan bekas teman wanitanya. Dalam hati lelaki itu pasti dia berkata bahawa bekas teman wanitanya memang cantik kalau benar-benar bersolek,” tulis seorang lagi. K Online

Wanita tabah hadir perkahwinan bekas kekasih dengan sahabat karib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker