Pindah Guru Tolak Vaksin ke Negeri Lain Tidak Selesaikan Masalah

Oleh Nurul Aisyah

 

KEENGGANAN segelintir guru untuk menerima vaksin menimbulkan kegusaran bukan sahaja kepada ibubapa yang bimbangkan keselamatan anak mereka malah pihak Kementerian Pendidikan turut gelisah.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin,  demi kepentingan perkhidmatan dan keselamatan pelajar, pihaknya sedang melihat cara untuk membawa keluar guru terbabit dari sekolah yang bermasalah dan antara penyelesaian ialah melakukan pertukaran tempat mengajar.

Tindakan ini dilihat sebagai kurang praktikal. Ianya tidak dapat selesaikan masalah.  Menurut sumber, kini bilangan guru yang enggan divaksin berjumlah 2000.  Total keseluruhan guru lebih kurang 400,000. ini bermakna hanya 0.5 peratus sahaja guru yang enggan divaksin. Jumlah ini tidak besar.

Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meletakkan guru yang enggan divaksin diperjawatan yang tidak perlu mengajar seperti Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Pendidikan negeri.

Sebelum ini, guru yang tidak divaksin tidak boleh mengajar secara bersemuka. Mereka kena hadir ke sekolah dan akan ditempatkan di tempat khas dan ada tugasan untuk mereka.

Namun menerusi kajian data, dapati di sekolah tertentu ada guru yang tidak mahu divaksin mengajar subjek yang sama,. Perkara ini sudah tentu membimbangkan ramai pihak.

Memandangkan Malaysia tidak mewajibkan semua orang mengambil vaksin maka meletakkan guru yang enggan divaksin diperjawatan yang tidak perlu mengajar seperti Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Pendidikan negeri dilihat lebih praktikal.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker