Mayat terapung ditemukan di perairan Teluk Kumbar

Mayat terapung ditemukan di perairan Teluk Kumbar

MAYAT seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung oleh nelayan pantai di sekitar perairan Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung oleh nelayan pantai di sekitar perairan Teluk Kumbar, di sini semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, Pusat Operasi Maritim Malaysia menerima aduan daripada nelayan pantai mengenai penemuan mayat terapung itu sekitar pukul 4.10 petang.

Katanya, susulan aduan itu sebuah bot ronda KILAT 26 telah diatur gerak ke lokasi dan menemukan mayat tersebut di kedudukan 2.03 kilometer dari selatan Pasir Blanda, Teluk Kumbar.

“Mayat tersebut dipercayai seorang lelaki lengkap berseluar panjang sukan hitam serta berbaju hitam, namun tiada sebarang identiti diri ditemukan.
ayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban dan diserahkan kepada Balai Polis Batu Maung untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini Maritim Malaysia Pulau Pinang belum menerima sebarang aduan berkenaan orang hilang di laut.

“Kami menyeru mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga atau saudara segera tampil membuat aduan di balai polis yang berdekatan.

“Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai agar tidak ke laut sekiranya cuaca buruk, jika keadaan mendesak untuk ke laut utamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan,” katanya.
bahnya, Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada komuniti maritim dan sebarang kecemasan di laut boleh dilaporkan terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146 atau MERS 999. Utusan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker