LazMall diyakini pengguna, rakyat membeli 10 kali lebih banyak barang

LazMall diyakini pengguna, rakyat membeli 10 kali lebih banyak barang

Tabiat beli-belah pengguna dalam talian menunjukkan trend peningkatan apabila secara puratanya rakyat membeli 10 kali lebih banyak barangan di LazMall berbanding bulan lalu pada Jualan 9.9 (9.9 Biggest Brand Sale) baru-baru ini.

Ini menunjukkan pembeli semakin yakin untuk membeli-belah secara dalam talian di destinasi jenama Lazada yang dijamin tulen.



“Kami gembira melihat bahawa janji ketulenan 100% dan pulangan percuma 15 hari LazMall mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna tempatan kami. Peningkatan ini mencerminkan keyakinan rakyat Malaysia yang semakin ketara terhadap LazMall sebagai destinasi utama untuk membeli produk berjenama dalam talian, termasuk produk premium dan mewah yang bernilai sehingga beribu-ribu ringgit,” kata Chenxi Zhou, ketua LazMall, Lazada Malaysia.

Sepanjang Jualan 9.9 Lazada kali ini, beberapa kata kunci yang paling kerap dicari pembeli tempatan ialah jenama-jenama pakaian riadah sukan, telefon pintar, dan keperluan rumah.

Ia juga termasuk beberapa jenama seperti Puma, Nike, Adidas, Xiaomi, Samsung, Huawei, Dyson, Watson, Dettol dan banyak lagi yang dicari sebanyak beribu-ribu kali bagi setiap jenama.

Chenxi berkata: “Kebanyakan rakan jenama di LazMall melihat pengikut kedai mereka meningkat tiga kali ganda berbanding bulan sebelumnya apabila menyertai Jualan 9.9 kami baru-baru ini. Peningkatan ini jelas membuktikan LazMall sebagai pilihan eDagang utama yang membolehkan rakan-rakan jenama rasmi kami berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan di seluruh negara.”



Trend penting lain termasuk kategori yang paling pantas berkembang di LazMall seperti barangan kecantikan, runcit dan keperluan bayi yang mencatatkan peningkatan pembelian sebanyak 15 kali ganda pada Jualan 9.9 Lazada berbanding bulan sebelumnya.

Malah, rakyat membeli lebih 120,000 kilogram (kg) serbuk MILO Activ-Go di LazMall dalam tempoh sehari pada Jualan 9.9. Sebagai perbandingan, ia lebih berat daripada 130 buah kereta Perodua Myvi.

Pembeli tempatan juga membeli lebih 14,000 kg serbuk kopi jenama Nescafe pada hari sama, yang mencukupi untuk menyediakan lebih sembilan juta cawan kopi untuk membantu seluruh penduduk Lembah Klang memulakan hari mereka dengan cergas.

“Apabila pengguna membeli jenama LazMall kegemaran, pengalaman mereka lebih daripada sekadar pembelian ringkas. Malah ia menjangkaui seluruh pengalaman beli-belah yang mencerminkan cerita dan identiti jenama unik menerusi cara yang menarik seperti penstriman langsung dan permainan video. Kami sentiasa mencari cara untuk mengadakan lebih banyak kerjasama dengan rakan jenama bagi meningkatkan pengalaman beli-belah pengguna secara dalam talian,” kata Chenxi.



Dengan lebih 10,000 jenama di LazMall Malaysia, perniagaan daripada semua industri kini sedar mengenai potensi yang boleh dimanfaatkan menerusi alat pemasaran terkini, teknologi berasaskan data dan rangkaian logistik Lazada secara meluas bagi menyediakan pengalaman yang lebih diperibadikan kepada pelanggan. FMT

Untuk maklumat lanjut mengenai LazMall, layari: https://lzd.co/LazMallMalaysia

LazMall diyakini pengguna, rakyat membeli 10 kali lebih banyak barang


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker