Terima Kasih “Frontliners” LHDNM

SEBUT sahaja tentang “frontliners” kerap muncul dalam fikiran pasti petugas kesihatan, polis atau tentera. Para penghantar makanan juga disebut barisan hadapan negara dalam berdepan ancaman pandemik Covid-19.

Terima kasih kepada seluruh jasa dan bakti mereka dalam mengharungi detik-detik sukar.

Namun ramai pihak lain juga “frontliners” akan tetapi kurang mendapat perhatian kerana jarang diwar-warkan.

Para kakitangan kerajaan dan swasta lain yang melaksanakan tugas semasa pandemik juga barisan hadapan.

Agensi kutipan cukai negara Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebagai contoh.

Sebilangan kakitangannya tetap berada ‘di stesen’ masing-masing bagi menjalankan amanah kepada negara ketika pandemik.

LHDNM terus menawarkan perkhidmatannya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, 2.0 mahupun 3.0.

Walau tempoh operasi dan kaedah perkhidmatan dihad serta disusun mengikut kesesuaian, namun tanggungjawab terus dipikul.

Orang ramai yang mahu hadir ke kaunter tetap dilayan dengan syarat membuat janji temu terlebih dahulu.

Kaunter Duti Setem (Pejabat Setem Cawangan, Pejabat Satelit dan Pusat Khidmat Hasil) tetap beroperasi.

Begitu juga Kaunter Pusat Bayaran di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Pusat Bayaran Kota Kinabalu dan Pusat Bayaran Kuching.

Talian pejabat serta Hasil Care Line (Pusat Panggilan dan Live Chat) juga berfungsi ketika itu.

Mungkin kerana kelibat mereka bertugas semasa PKP tidak keterlihatan secara terbuka, maka peranannya kurang disedari.

Sedangkan mereka turut berdepan risiko jangkitan Covid-19 dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Jika mereka tiada keberanian sebagai “frontliners” pasti sistem percukaian yang merupakan hasil pendapatan negara terencat.

Justeru terima kasih kepada para petugas LHDNM kerana anda jua barisan hadapan yang banyak berkorban demi Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker