KJ perlu jelaskan mengapa kes BID masih gagal dikurangkan
Oleh Nurul Aisyah
KES “Braught in Dead”(BID) masih tinggi. Memang banyak faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut. Usaha sedang dijalankan untuk mengurangkan jumlah BID. Setakat ini, hasil masih belum cukup memuaskan.
Memetik artikel Roketkini, Kadar kematian yang masih tinggi adalah sebab mengapa kita tidak boleh meraikan kejayaan menurunkan angka kes Covid 19 terlalu awal, terutamanya kes kematian akibat Covid-19 yang dibawa ke hospital atau BID.
Lim Kit Siang mendesak Khairy Jamaluddin secara khusus menjelaskan mengapa beliau masih gagal mengurangkan kes BID setakat ini, kerana jumlah kes BID dalam tempoh tiga minggu beliau menjadi Menteri Kesihatan jauh lebih tinggi berbanding tempoh tiga minggu terakhir Menteri Kesihatan sebelumnya.
Khairy juga harus menjelaskan mengapa Malaysia terus mengatasi banyak negara dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 tertinggi, dan tidak menunjukkan prestasi yang lebih baik – kerana Malaysia di bawah pengawasannya sebagai Menteri Kesihatan bakal mengatasi tiga negara lain pada akhir minggu ini dan berada di kedudukan ke-20 di dunia dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 tertinggi.
Perkara ini dijawab dalam Facebook netizen yang menyelar kenyataan Lim Kit Siang tersebut.
Kit Siang dan Dap masih berpolitik dengan strategi sama, cuba tanam persepsi buruk, cubaan mengelirukan dan membangkitkan kebencian rakyat?
Apakah sengaja timbulkan isu kematian di luar hospital akibat covid untuk dapatkan ‘mileage’ politik hingga ketepikan fakta sains dan data?
Angka kematian samada naik atau turun yang berlaku di luar hospital berlaku berada di luar kawalan KKM sepenuhnya. Banyak faktor yang menyebabkan perkara tersebut (kematian di luar fasiliti hospital). Isu sensitif sebegini tidak perlu menyalahkan kedua pihak termasuk KKM dan mangsa. Ketika covid mula melanda negara, kerajaan dengan pelbagai agensi mula gerakkan kempen kesedaran, langkah yang perlu rakyat ambil dan apa yang perlu dibuat sekiranya ada simpton virus covid.
SOP dilakarkan demi melandaikan virus dari terus merebak. Kerjasama semua diperlukan demi melawan virus merbahaya ini dan bukannya menuding jari siapa yang bersalah apabila ada mangsa meninggal di luar hospital.
Pulau Pinang pun ada angka menunjukkan BID, apakah kerajaan Dap Pulau Pinang perlu dipersalahkan?
Sepatut Kit Siang beri cadangan bagaimana atasi BID sebagai menjunjung titah Tuanku, semua pihak wajar bekerjasama melawan virus gila ini.
Lim Kit siang dilihat cuba berpolitik menggunakan isu BID Covid 19. Jika beliau benar-benar mahu turut sama menyelesaikan pandemik Covid 19, Lim Kit Siang sepatutnya memberi langkah-langkah yang perlu diambil untuk membendung perkara ini. Kritik tanpa solusi terbaik dilihat sebagai retorik pembangkang sejak zaman berzaman.