Status MySejahtera tukar merah tanpa sebab

Status MySejahtera tukar merah tanpa sebab

Seorang pemuda berkongsi pengalaman malangnya apabila menerima pesanan bahawa dirinya disahkan positif Covid-19 dan statusnya dalam MySejahtera juga bertukar merah tanpa sebab.

Walaupun semakan dengan Jabatan Kesihatan mengesahkan dia tidak mempunyai rekod jangkitan, tetapi pihak tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mencadangkan pemuda berusia 36 tahun itu membuat laporan polis.

Tetapi niatnya untuk membuat laporan juga tidak kesampaian apabila polis menghalangnya memasuki balai disebabkan statusnya yang “merah”.

Sinchew Daily melaporkan, Wu Shu Wei tiba-tiba menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 7 September yang memaklumkan dia disahkan sebagai pesakit positif COVID-19.

Gagal menghubungi talian Kementerian Kesihatan, Shu Wei terus mengunjungi Jabatan Kesihatan yang mengesahkan dia tidak mempunyai rekod jangkitan, dengan ujian terakhir pada 14 Jun menunjukkan negatif.

Pihak tersebut yang tidak memahami punca “status merah” itu seterusnya mencadangkan dia membuat laporan polis memandangkan MySejahtera tidak dikendalikan Jabatan Kesihatan.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Status “merah” itu juga menyebabkan pengadu dihalang memasuki balai polis.

Shu Wei seterusnya terpaksa meminta isteri untuk membuat laporan polis bagi pihaknya.

Bagaimanapun, pihak balai polis juga berasa pelik dengan kes tersebut dan mencadangkan supaya pengadu mendapat bantuan dari Jabatan Kesihatan, sedangkan jabatan itu yang memintanya untuk membuat laporan polis. MG

Status MySejahtera tukar merah tanpa sebab


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker