Saya tak reda, datang jumpa saya minta maaf – Imam Masjid Putrajaya
Saya tak reda, datang jumpa saya minta maaf – Imam Masjid Putrajaya
Imam Besar Masjid Putrajaya, Ikmal Zaidi Hashim menyifatkan perbuatan merakam dan menyebarkan video yang mendakwa seorang kenamaan (VIP) mendapatkan layanan istimewa adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.
Menerusi satu video yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya, Ikmal berkata, tindakan itu sengaja untuk memburukan seseorang serta mempunyai agenda tertentu untuk mencari salah orang lain.
“Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar tu, dia duduk macam tu “Bagilah masuk, bagilah masuk”.
“Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar, ha itulah perangai orang kita,” katanya di Facebook.
Ikmal berkata, dia tidak meredai perbuatan individu yang telah menularkan video tersebut.
“Saya nak cakap saya tak reda benda tu dan saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah tetapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf,” katanya.
Ikmal Zaidi
Mengulas lanjut, Ikmal berkata, jumlah kuota untuk solat jumaat bagi masjid Putrajaya adalah seramai 300 orang yang mana 90 peratus darinya (270 orang) adalah untuk orang awam manakala 10 peratus (30 orang) untuk VIP.
“Kuota 10 peratus itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri.
“Jangan marah saya, itu ketetapan, kita nak beri peluang kepada VIP, untuk penuhkan kuota 30 orang, (berjawatan) pengarah dan ke atas,” katanya.
Tambah beliau, VIP 30 orang itu telah memberikan nama terlebih dahulu.
“Sudah ada nama dah pun, itu untuk dia (VIP), itu hak dia, yang lebihnya (270) untuk jemaah lain. Tapi dah dia lambat, dia tak nak balik,” katanya.
Terdahulu, tular video berdurasi 57 saat yang memaparkan sekumpulan lelaki dilarang memasuki kawasan sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Bagaimanapun mereka yang membawa sejadah sendiri hanya mampu menunggu di depan pagar yang ditutup dan dikawal ketat oleh kakitangan masjid tersebut.
Tidak lama kemudian individu yang baru tiba di masjid itu dengan menaiki kenderaan mewah dibenarkan masuk untuk menunaikan solat.
Pagar masjid turut dibuka untuk beberapa lelaki dipercayai pegawai dan pengawal individu tersebut. K Online
Saya tak reda, datang jumpa saya minta maaf – Imam Masjid Putrajaya
Baca Artikel Menarik :
- Aksi ngeri pengantin bergambar di tebing curam
- Bencana Gunung Jerai akibat aktiviti khurafat dan pemujaan?
- 10 Akhlak Rasulullah s.a.w. Yang Harus Diteladani
- Cuepacs: Tommy Thomas amat jelik
- Muhyiddin memang fighter, tapi jenis manipulator
- Muhyiddin begitu terdesak – Khaled
- PM yang calonkan nama saya – Ahmad Maslan
- Pembangkang patut terima janji Ismail, letak syarat rencat reformasi
- Dana politik: Saya jadi mangsa Muhyiddin
- Nano mist spray, tak ada guna pun – Dr Izzar
- Resepi Daging Masak Merah Confirm Terliur
Layari Laman Facebook MYKMU
Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim