Perdana Menteri 4 hari, akhirnya dikehendaki Polis

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki berhubung kenyataannya yang disyaki menghasut dalam sebuah rakaman video tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, video berdurasi satu minit 33 saat itu mempunyai kecenderungan menghasut terhadap raja dan kerajaan.

“Siasatan yang dilakukan mendapati lelaki berusia 38 tahun itu kini berada di luar negara sejak November 2017.

Satu video penyokong tegar PH dan Anwar Ibrahim tular di media sosial beberapa hari lalu yang mahu Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru. Beliau juga jika diberi peluang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 4 hari sudah cukup.

Perkara yang akan jadi keutamaan dan cita-citanya adalah untuk membuang semua Raja -Raja Melayu yang menurutnya tiada kerja dan hanya makan gaji pembayar cukai.

Beliau juga mahu menghapuskan hak – hak keistimewaan yang tidak dijelaskan dan dipercayai merujuk kepada hak keistimewaan Melayu & Bumiputera Sabah & Sarawak.

 

Hasrat Perdana Menteri 4 hari, Buang Raja-Raja Melayu & Hapuskan Hak Keistimewaan [Video]

 

 

 

Related Articles

One Comment

  1. patut le berada diluar negara sebab itu tempat duduk pemandu di bahagian kiri
    alang2 berada dluar negara jangan kasi balik terus…
    maksudnya lucut je kewarganegaraan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker