Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda menerima ratusan surat daripada rakyat yang merintih agar perubahan dapat dikecapi segera bagi meneruskan kelangsungan hidup seharian.
Sultan Abdullah bertitah negara dan rakyat terlalu lama dibelenggu dengan masa depan kelam, bergelut dengan isu kesihatan dan juga kemurungan ekonomi.
“Ratusan pucuk surat telah beta terima dari rakyat beta yang merintih penuh duka dengan seribu harapan agar sinar perubahan dapat mereka kecapi dengan segera bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa,” kata baginda ketika Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14.
Baginda juga menasihatkan semua Ahli Parlimen untuk tidak meletakkan masa depan negara dan rakyat sebagai taruhan bagi mencapai agenda tertentu dan kembali fokus dengan usaha memerangi Covid-19 serta mengembalikan sinar pada rakyat dan negara.
“Nasihat beta pada semua ahli-ahli berhormat jangan sama sekali meletakkan masa depan negara dan rakyat beta sebagai taruhan untuk mencapai agenda tertentu.
“Justeru ingin beta seru ahli-ahli berhormat untuk kembalikan fokus usaha memerangi Covid-19 serta membawa kembali sinar pada rakyat beta dan negara,” kata baginda.
Dalam pada itu, Sultan Abdullah juga bertitah agar semua pihak mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa-apa masalah yang berlaku dalam negara.
Baginda juga menyambut baik keterbukaan kerajaan dengan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen dalam melibatkan diri dalam tadbir urus negara selain menghargai usaha ke arah merealisasikan pendekatan baharu kerjasama dwi-partisan antara semua pihak yang bakal membentuk landskap politik baharu dalam sistem pentadbiran negara.
Baginda berkata, kematangan politik seperti itu yang diharapkan rakyat.
Terdahulu, Sultan Abdullah mengajak ahli Dewan Rakyat bangun dan memberikan tepukan gemuruh kepada semua petugas barisan hadapan dan sektor kritikal sebagai penghargaan atas kerja keras mereka memerangi Covid-19.
Baginda juga mengajak semua ahli Dewan Rakyat memberikan tepukan gemuruh untuk atlet Paralimpik dan Olimpik di Tokyo yang mencipta kejayaan di kedua-dua acara sukan antarabangsa itu.
“Saya menjemput semua berdiri dan berikan tepukan gemuruh kepada mereka,” titah baginda yang turut bersama bangun bersama memberikan tepukan. FMT
Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong
Baca Artikel Menarik :
- Aksi ngeri pengantin bergambar di tebing curam
- Bencana Gunung Jerai akibat aktiviti khurafat dan pemujaan?
- 10 Akhlak Rasulullah s.a.w. Yang Harus Diteladani
- Cuepacs: Tommy Thomas amat jelik
- Muhyiddin memang fighter, tapi jenis manipulator
- Muhyiddin begitu terdesak – Khaled
- PM yang calonkan nama saya – Ahmad Maslan
- Pembangkang patut terima janji Ismail, letak syarat rencat reformasi
- Dana politik: Saya jadi mangsa Muhyiddin
- Nano mist spray, tak ada guna pun – Dr Izzar
- Resepi Daging Masak Merah Confirm Terliur
Layari Laman Facebook MYKMU
Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim