6 bidang utama MoU kerajaan, PH

6 bidang utama MoU kerajaan, PH

Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani hari ini merangkumi enam bidang utama.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, dalam kenyataan berkata MoU itu merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga kebebasan institusi kehakiman.

Ia juga akan melibatkan pembaharuan Parlimen, transformasi pentadbiran dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

“Kerajaan yakin memorandum persefahaman yang dizahirkan ini bukan sahaja berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif.

“Setinggi penghargaan kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membulatkan tekad, mengenepikan perbezaan ideologi politik untuk bersama-sama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Enam tawaran itu ialah:

* Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.* Pelaksanaan Undi 18 dalam tempoh terdekat. Untuk itu, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan

* Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun

* Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen membabitkan Ahli Parlimen Kerajaan dan Ahli Parlimen Pembangkang

* Setiap Rang Undang-Undang, termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama

* Ahli parti pembangkang akan terbabit dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan.

* Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri Selain tujuh tawaran itu, kerajaan juga komited untuk memperkenalkan lebih banyak transformasi dari semasa ke semasa

6 bidang utama MoU kerajaan, PH


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker