Pas sokong Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker
Pas sokong Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker
Pas menyokong penuh usul mencalonkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Memetik laporan Berita Harian, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad, berkata beliau yakin 18 Ahli Parlimen Pas akan memberi sokongan kepada Ahmad untuk menjawat jawatan itu.
“Insya-Allah 18 Ahli Parlimen Pas akan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Ahmad Maslan.
“Selagi hukuman tidak dijatuhkan (merujuk pertuduhan dihadapi Ahmad) maka kita tak boleh anggap orang itu bersalah,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kesan banjir di Pusat Rekreasi Titi Hayun Yan, Kedah, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan UMNO mencalonkan Ahli Parlimen Pontian itu sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengisi kekosongan jawatan itu selepas dikosongkan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman.
Sebelum ini Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dipetik sebagai berkata pihaknya mengadakan pertemuan dengan Ahmad mengenai pencalonan itu dan beliau juga sudah bersetuju.
Baca juga: Zahid mengaku suaranya dalam rakaman audio
Blok pembangkang dilaporkan mencalonkan Ahli Parlimen Teluk Intan yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mewakili Pakatan Harapan (PH).
Untuk rekod, Ahmad kini berhadapan dengan kes mahkamah membabitkan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengagihan kerusi antara Pas, Bersatu dan UMNO dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, Idris berkata pihaknya belum bersedia mendedahkan mengenai perkara itu.
“Ulasan mengenai pembahagian kerusi itu akan diberikan selepas ini dan bukan di Yan,” katanya.
Terdahulu, Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), berkata pihaknya turut menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai dan barang keperluan mangsa banjir menerusi agensi di bawah kementerian berkenaan.
Katanya, peruntukan terbabit adalah sebanyak RM35,000 menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yayasan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (RM51,600), Yayasan Dakwah Islamiah (RM30,000) dan Majlis Agama Islam Persekutuan Wilayah Persekutuan sebanyak RM400,000.
Pas sokong Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker
Baca Artikel Menarik :
- Aksi ngeri pengantin bergambar di tebing curam
- Bencana Gunung Jerai akibat aktiviti khurafat dan pemujaan?
- 10 Akhlak Rasulullah s.a.w. Yang Harus Diteladani
- Cuepacs: Tommy Thomas amat jelik
- Muhyiddin memang fighter, tapi jenis manipulator
- Muhyiddin begitu terdesak – Khaled
- PM yang calonkan nama saya – Ahmad Maslan
- Pembangkang patut terima janji Ismail, letak syarat rencat reformasi
- Dana politik: Saya jadi mangsa Muhyiddin
- Nano mist spray, tak ada guna pun – Dr Izzar
- Resepi Daging Masak Merah Confirm Terliur
Layari Laman Facebook MYKMU
Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim
You must be logged in to post a comment.