MoU tak sambung petanda PRU makin hampir

MoU tak sambung petanda PRU makin hampir

Keputusan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak menyambung memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) menjadi petanda pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tidak lama lagi, kata penganalisis politik.

Walaupun MoU yang ditandatangani pada September lepas itu tiada tarikh luput, kerajaan dan PH bersetuju tidak mengadakan PRU15 sebelum 31 Julai.



Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, keputusan Ismail itu akan memberi manfaat besar kepada Umno dan perdana menteri.

Tambahnya, dengan tidak menyambung MoU itu, Ismail yang juga naib presiden Umno menunjukkan bahawa beliau mengutamakan partinya.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, Ismail tidak lagi mampu menahan desakan parti supaya PRU diadakan seawal mungkin.

“Tanpa sokongan PH, dengan sokongan Perikatan Nasional semakin goyah saban hari, Ismail tidak akan mampu menahan desakan bertalu-talu oleh partinya,” katanya.



Semalam, Ismail berkata, Umno memutuskan untuk tidak menyambung MoU itu, maka beliau mematuhi keputusan partinya.

Katanya, beliau telah menemui pemimpin pembangkang dan memberi jaminan bahawa sama ada MoU wujud atau tidak, kerajaan persekutuan akan terus bekerjasama dalam isu yang telah dipersetujui dengan pembangkang sebelum ini.

Dengan menandatangani MoU itu, Ismail dan pemimpin PH bersetuju untuk bekerjasama bagi membantu memacu pemulihan ekonomi dan mengembalikan kestabilan politik sementara kerajaan menangani wabak Covid-19. FMT

MoU tak sambung petanda PRU makin hampir




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!



Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker