Laksana segera PKP penuh di Sarawak – MTUC

Laksana segera PKP penuh di Sarawak – MTUC

Kerajaan Sarawak perlu mempertimbangkan sekatan pergerakan penuh dilaksanakan dan bukan bersifat selektif di negeri ini bertujuan membendung penularan wabak Covid-19, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Setiausaha MTUC Sarawak, Andrew Lo, dalam kenyataan berkata demikian selepas negeri itu merekodkan jumlah kes harian Covid-19 tertinggi di Malaysia pada Isnin iaitu 3,714.

Beliau mendakwa, peningkatan mendadak itu berlaku kerana kerajaan negeri tidak mempedulikan sentimen serta pandangan pekerja, masyarakat sivil dan rakyat secara keseluruhannya untuk sekatan pergerakan sepenuhnya dikuatkuasakan.

“Kita mesti meminta majikan terutamanya yang berkaitan dan persatuan perniagaan menyokong pelaksanaan sekatan pergerakan sepenuhnya.

“Hampir setiap perniagaan boleh bertahan sebulan dua dalam tempoh penguatkuasaan sekatan pergerakan sepenuhnya tetapi rata-rata boleh mati perlahan-lahan dan dalam kesakitan seperti berlaku sekarang,” katanya menurut laporan Utusan Borneo.

Lo yang juga ketua pegawai eksekutif kesatuan pekerja bank Sarawak (SBEU), berkata sekatan pergerakan secara selektif tidak adil kerana sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi mendapat pulangan sedangkan yang diarah tutup terpaksa menanggung perbelanjaan.

Beliau menambah, sebarang pengecualian tidak seharusnya diberikan kepada konsesi balak.

Katanya, amat mengejutkan apabila perintah kawalan pergerakan 3.0 (PKP 3.0) yang dikaji semula membolehkan perniagaan terutamanya kilang-kilang besar yang merekodkan kes positif Covid-19 dibenarkan terus beroperasi seperti biasa.

“Satu-satunya langkah yang dilihat munasabah ialah sekatan pergerakan sepenuhnya dan pemberian subsidi upah untuk semua pekerja dalam sektor swasta.

“Namun hampir setengah tahun, langkah-langkah, pusingan U, prosedur operasi standard (SOP) mengelirukan dan ‘kesombongan’ menteri-menteri negeri untuk situasi Covid-19 di negeri ini.

“Kerajaan harus menyediakan subsidi satu pertiga, majikan membayar satu pertiga kepada pekerja dan pekerja mengorbankan satu pertiga gaji mereka, bergantung kepada gaji minimum RM1,200.

“Kerajaan juga mesti memberi keutamaan kepada proses vaksinasi kepada pekerja terlibat dalam perkhidmatan penting serta industri insentif buruh seperti pekerja sektor pembuatan dan pembinaan. Ini kerana kluster tempat kerja menyumbang 60% daripada jumlah kluster baharu Covid-19 di negeri ini,” katanya. FMT

Laksana segera PKP penuh di Sarawak – MTUC


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bersedia lawan varian Mu sekarang, kata ahli virologi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker