Pembukaan sekolah negeri fasa 3, pandangan pelbagai pihak dipertimbang

Pandangan ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah mengenai sesi persekolahan akan dipertimbang sebelum pelan komprehensif pembukaan sekolah dimuktamadkan bagi negeri Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Menurut catatan melalui Facebook beliau hari ini, Radzi memaklumkan saranan dan cadangan yang diberi akan diteliti dan diperhalusi sebelum sebarang keputusan dilaksanakan.

“Apa jua yang kami usahakan pastinya demi pendidikan generasi masa depan negara. Insya-Allah. KPM (Kementerian Pendidikan) sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik,” katanya.



Menerusi hantaran tersebut, beliau turut menyertai satu sesi libat urus melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru, guru besar dan pengetua sekolah dari Negeri Sembilan hari ini berhubung perkara itu.

Ahad lepas, Radzi mengadakan siri pertama perbincangan bersemuka dengan wakil PIBG sekolah menengah dan rendah, guru besar serta pengetua di Labuan mengenai pembukaan sesi persekolahan pada 3 Oktober nanti. – Bernama

Pembukaan sekolah negeri fasa 3, pandangan pelbagai pihak dipertimbang


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buka sekolah tahun depan saja, sekarang tumpu vaksin pelajar – PIBGN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker