Kuwait Telah Mulakan Usaha Kitar Semula ‘Kubur Tayar’
Kuwait Telah Mulakan Usaha Kitar Semula ‘Pusara Tayar’
KUWAIT: Lebih dari 42 juta tayar kenderaan lama dilambakkan di sebuah kawasan padang pasir di Kuwait.
Sejak sekian lama, kawasan pelupusan itu diberi jolokan ‘pusara tayar’ malah dipercayai sebagai yang terbesar di dunia. Namun kini, kerajaan Kuwait mahu memulakan usaha kitar semula.
Tapak pelupusan yang luas itu hanya sejauh 7 kilometer dari kawasan perumahan pinggir bandar. Selama ini, penduduk di situ sangat terjejas apabila sering menghidu asap hitam dari kesan pembakaran tayar-tayar berkenaan.
Di situ, usaha mengitar semula bahan berkenaan dijalankan.
Di sebuah kilang yang dikendali syarikat kitar semula, EPSCO Global General Trading, para pekerjanya memilih dan menghancurkan tayar terpakai berkenaan, seterusnya menjalankan proses pemampatan ke atas partikel getah itu menjadi jubin yang berwarna.
“Kilang ini membantu masyarakat dengan membersihkan tayar-tayar terbuang dan mengembalikannya semula sebagai produk konsumer,” ujar rakan niaga dan Ketua Pengarah Eksekutif EPSCO, Alaa Hassan.
Tambahnya, produk itu juga dieksport ke negara jiran di rantau itu serta Asia.
Kilang EPSCO yang memulakan operasi pada Januari 2021, boleh mengitar semula sehingga 3 juta tayar setahun.
Tayar terbuang merupakan masalah alam sekitar di seluruh dunia berikutan saiz dan jumlahnya yang banyak, serta bahan kimia yang dikandungnya.
Negara Kuwait yang kaya dengan hasil minyak dan anggota OPEC dengan 4.5 juta penduduk itu, mempunyai kira-kira 2.4 juta kenderaan pada tahun 2019.
Data daripada Biro Statistik Pusat menunjukkan, jumlah itu meningkat dari 1.5 juta pada 2010.
Kerajaan kini mengharapkan al-Salmi akan menjadi hab kitar semula tayar, dengan lebih banyak kilang dibangunkan.
Syarikat Al Khair mengendalikan kerja-kerja pemindahan separuh daripada tayar-tayar lama itu ke tapak baharu menggunakan 500 buah lori setiap hari, Menurut Ketua Pengarah Eksekutifnya, Hammoud al-Marri, pihaknya merancang untuk membuka sebuah kilang yang boleh membakar tayar0tayar itu menggunakan proses pyrolysis.
Kaedah pembakaran itu menghasilkan sejenis minyak yang boleh dijual bagi keperluan industri seperti kilang simen, selain menghasilkan sejenis debu karbon yang boleh dimanfaatkan pelbagai industri lain.-Awani / New York Post / The National News
Kuwait Telah Mulakan Usaha Kitar Semula ‘Pusara Tayar’
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Enakmen Lompat Parti Perlu Dilaksanakan – Tok Mat
- Buka sekolah tahun depan saja, sekarang tumpu vaksin pelajar – PIBGN
- Muhyiddin sudah diberi peluang selama 17 bulan
- Amirudin perlu letak jawatan, cemari nama baik Sultan
- Setiap penyakit ada ubatnya
- Umno dibelenggu bayangan #KerajaanGagal
- Anak gadis Fiza Halim cantik, curi tumpuan
- Minah kilang sekarang tauke Leedee
- 1BestariNet, siasat segera demi kepentingan umum
- Muhyiddin ‘sangat marah’, desak peletakan jawatan saya kerana kontrak YTL, kata Maszlee
- Resepi Roti Chicken Floss Lembut Gebu
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.