Trek licin, Dek Wan Akui Hampir Terjatuh.. Gagal Pertahankan Emas

Trek licin, Dek Wan Akui Hampir Terjatuh.. Gagal Pertahankan Emas

TOKYO: Permukaan trek yang licin disebabkan hujan renyai membasahi Stadium Olimpik sejak awal pagi tadi menyekat impian Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi untuk mempertahankan emas dimenangi di Rio 2016.

Bertanding dalam acara 100 meter (m) lelaki T36 (kecacatan fizikal), Mohamad Ridzuan yang memulakan larian dengan baik pada 50m pertama, mengakui keadaan trek licin menyebabkan beliau hampir terjatuh pada 10m terakhir perlumbaan.

“Saya dah buat yang terbaik, kalau tak licin boleh dapat pingat…sikit saja lagi,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas aksinya hari ini.

Biarpun mengakhiri kempen kedua Paralimpik tanpa sebarang pingat, semangat pelari berusia 33 tahun yang mesra dengan panggilan ‘Dek Wan’ masih membara untuk menyertai kejohanan mendatang termasuk Paris 2024.

Sehubungan itu, beliau yang mengalami palsi serebrum juga tekad untuk merampas kembali pingat emas dimenangi oleh atlet China, Deng Peicheng dalam acara itu.

Selain merangkul emas, Peicheng berjaya memadam rekod Paralimpik milik jaguh Australia, James Turner, yang dilakukan pada peringkat saringan kedua semalam iaitu 11.87s, dengan rekod baharu 11.85s dalam aksi final pagi tadi.

James, yang merupakan pemegang rekod dunia dengan catatan 11.72s dalam kejohanan dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 2019 terpaksa berpuas hati dengan perak menerusi catatan masa 12.00s.

Pingat gangsa pula milik Alexis Sebastian Chavez dari Argentina yang melakukan catatan masa 12.02s.

Mohamad Ridzuan sebelum ini mencipta sejarah apabila menyumbang pingat emas pertama negara dalam Sukan Paralimpik sejak negara mula menyertai temasya berprestij itu pada edisi 1972 di Heidelberg, Jerman, menerusi acara sama di Rio 2016.

— BERNAMA

Trek licin, Dek Wan Akui Hampir Terjatuh.. Gagal Pertahankan Emas


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kes masih tinggi, jangan tergesa-gesa umumkan endemik

Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker