UMNO akan pertahankan semua kerusi dimenanginya – Tok Mat
UMNO akan pertahankan semua kerusi dimenanginya – Tok Mat
Persefahaman antara UMNO dan PAS mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah mencapai 70 peratus menerusi beberapa mesyuarat Muafakat Nasional (MN) yang diadakan sebelum ini.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata menerusi persefahaman itu, mana-mana parti memenangi sesuatu kerusi sebelum ini akan kekal bertanding di kawasan berkenaan pada PRU15.
“Memang setiap kali bermesyuarat, kita bincang berkenaan persiapan menghadapi PRU15, di peringkat MN, kita juga ada jawatankuasa pembahagian kerusi. UMNO dan PAS mesyuarat banyak kali, persefahaman hampir 70 peratus dicapai, seperti saya katakan kerusi yang kita menang, kita punya, kerusi PAS menang, adalah PAS punya.
“Formula masih sama, tidak timbul soal untuk kita ubah atau keluar daripada formula dipersetujui, ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat Dewan Udangan Negeri Ke-14 hari ini.
Baca Artikel Menarik :
- Animasi kisah Nabi Nurflix mendapat sambutan baik
- Rasuah lebih teruk dari daging babi – Ayob Khan
- Ajaran sesat PMYT, Sittah Annur disoal siasat disoal
- Wanita bersalin sendirian tidak patut berulang – TMJ
- Tangguh pemilihan Umno: SPRM terima aduan pegawai kanan RoS salah guna kuasa, rasuah
- Bekas timbalan menteri kesihatan kini penasihat khas Khairy
- Netizen korek identiti ‘amoi’ piza
- 7 Presiden Ini Dikatakan Paling Termiskin Dalam Dunia Serta Hidup Dalam Sederhana
- Pengacara televisyen dikecam minta tetamu tunjuk cara perkosa wanita [VIDEO]
- Lebih setahun tinggal dalam kereta, akhirnya lelaki dapat rumah
- Mengapa QARIN Mengajak Manusia Melakukan Kemungkaran
Layari Laman Facebook MYKMU
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata mesyuarat MN seterusnya akan diadakan dalam masa terdekat selepas beberapa kali ia ditangguhkan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sementara itu Mohamad berkata tiada sebarang isu berbangkit berhubung ketiadaan nama beliau dalam senarai barisan Kabinet dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.
Beliau berkata tanggungjawab sebagai menteri dalam situasi negara berdepan dengan pandemik COVID-19 bukan satu tugas mudah dan beliau akan terus menyokong kerajaan semasa ini.
“Saya ucapkan selamat menjalankan tugas, keutamaan sekarang adalah terus berkerja dalam menangani krisis pandemik COVID-19, ekonomi, tiada masa untuk berlengah lagi.
“Saya harap menteri-menteri yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik. Banyak hikmah tiada dalam kabinet ini, bukan senang untuk menjadi menteri dalam situasi krisis ini. Saya selaku orang nombor dua dalam parti, akan mendukung kerajaan,” katanya. Mk
UMNO akan pertahankan semua kerusi dimenanginya – Tok Mat
Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar