Sindiket ceti haram warga Bangladesh tumpas
Sindiket ceti haram warga Bangladesh tumpas
Putrajaya: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil masa dua jam untuk mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang menjalankan sindiket ceti haram atau along selepas dia melarikan diri dalam serbuan di sebuah kediaman di Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.
Lelaki itu dikatakan melompat keluar ke koridor rumah bersebelahan ketika penguat kuasa Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Imigresen membuat serbuan pada jam 1 pagi.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pasukan operasi terpaksa memecahkan pintu kediaman kerana penghuni enggan memberi kerjasama dan pada masa sama along Bangladesh itu mengambil kesempatan melarikan diri.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati lima warga asing berada di premis itu.
“Pasukan operasi mengambil masa selama dua jam untuk mencari suspek dan berjaya menahannya ketika bersembunyi di tingkat tiga bangunan bersebelahan.
“Dengan penahan suspek, Imigresen berjaya menumpaskan satu sindiket pinjaman wang atau ceti haram dikenali along Bangladesh,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Dalam operasi itu, pihak berkuasa menemui sembilan pasport Bangladesh dan wang tunai sebanyak RM50,000 dipercayai hasil aktiviti pinjaman dan penghantaran wang tanpa lesen.
Selain itu, turut ditemui sejumlah dokumen berkaitan sebuah syarikat dan beberapa kontrak penyewaan bangunan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan berkenaan.
Khairul Dzaimee berkata, sindiket dipercayai menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang dan kiriman wang tidak berlesen kepada warga asing di sekitar Kuala Lumpur.
Menurutnya, siasatan awal mendedahkan modus operandi sindiket adalah dengan menubuhkan syarikat secara sah bagi mengaburi kegiatan daripada dihidu pihak berkuasa.
Katanya, sindiket dipercayai menjalankan kegiatan sejak setahun lalu dengan menjadikan warga Bangladesh sebagai pelanggan.
“Dua warga Bangladesh berumur 23 dan 41 tahun termasuk dalang utama sindiket ditahan di bawah Seksyen 51(5) (b) Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari untuk siasatan lanjut.
“Dua suspek berkenaan disiasat mengikut Akta Pasport 1950 (Akta 150) dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
“Tiga suspek yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih, manakala warga asing lain yang diperiksa di premis berkenaan diberikan notis hadir ke pejabat Imigresen bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan,” katanya. HM
Sindiket ceti haram warga Bangladesh tumpas
Baca Artikel Menarik :
- Animasi kisah Nabi Nurflix mendapat sambutan baik
- Rasuah lebih teruk dari daging babi – Ayob Khan
- Ajaran sesat PMYT, Sittah Annur disoal siasat disoal
- Wanita bersalin sendirian tidak patut berulang – TMJ
- Tangguh pemilihan Umno: SPRM terima aduan pegawai kanan RoS salah guna kuasa, rasuah
- Bekas timbalan menteri kesihatan kini penasihat khas Khairy
- Netizen korek identiti ‘amoi’ piza
- 7 Presiden Ini Dikatakan Paling Termiskin Dalam Dunia Serta Hidup Dalam Sederhana
- Pengacara televisyen dikecam minta tetamu tunjuk cara perkosa wanita [VIDEO]
- Lebih setahun tinggal dalam kereta, akhirnya lelaki dapat rumah
- Mengapa QARIN Mengajak Manusia Melakukan Kemungkaran
Layari Laman Facebook MYKMU
Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar
You must be logged in to post a comment.