Bekas Timbalan Menteri DAP mahu MRSM dibuka kepada sekolah pelbagai aliran

Bekas Timbalan Menteri DAP mahu MRSM dibuka kepada sekolah pelbagai aliran. Dua bekas timbalan menteri Pakatan Harapan (PH) menggesa Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid membuka ruang kepada pelajar daripada pelbagai aliran seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT)

Dalam kenyataan bersama, bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching dan bekas timbalan menteri pembangunan luar bandar Sivarasa Rasiah berkata, kerajaan harus mengembalikan kuota khas 10% untuk pelajar bukan Bumiputera di MRSM.

Kuota khas pertama kali diperkenalkan pada 2002.

“Kami difahamkan ramai pelajar yang ingin memohon memasuki MRSM sudah tidak lagi berupaya melakukan demikian, disebabkan oleh pertukaran polisi kerajaan yang berkuatkuasa untuk permohonan MRSM tahun 2022,” kata mereka.

Mereka berkata, sebelum 2018, walaupun terdapat kuota 10%, kurang daripada 2% pelajar bukan Bumiputera memohon memasuki MRSM.

Belajar Dari Pengalaman Lee Kwan Yew Hapus ‘Sekolah Vernakular’

“Oleh itu, kenapa harus golongan ini dihalang daripada menerima pendidikan di MRSM? Peluang 10% ini tidaklah merugikan pelajar Bumiputera atau menidakkan hak mereka untuk belajar di MRSM.

“Kuota ini adalah kuota tambahan yang lazimnya tidak dapat dipenuhi. Maka, apa salahnya jika dibuka kepada sekolah aliran lain?” soal mereka.

Memetik data daripada Yayasan Iltizam Malaysia, mereka berkata seramai 3,100 pelajar memohon MRSM pada 2019 yang majoriti dari sekolah pelbagai aliran.

“Ungkapan ‘Keluarga Malaysia’ yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hanya akan merupakan retorik dan sia-sia kalau dasar ini diteruskan oleh KPLB,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri DAP mahu MRSM dibuka kepada sekolah pelbagai aliran


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


DAP mengamuk! Tiada peruntukkan untuk sekolah tidak berpelembagaan dalam Belanjawan 2021

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker