Roziah Naib Canselor wanita pertama UiTM
Roziah Naib Canselor wanita pertama UiTM
SHAH ALAM – Kemelut isu pelantikan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berlarutan hampir sebulan lalu berakhir apabila Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor secara rasmi dilantik, hari ini.
Perkara itu disahkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang menyerahkan surat pelantikan berkenaan hari ini sekaligus menjadikan Roziah menjadi wanita pertama memegang jawatan tertinggi itu.
Baca Artikel Menarik :
- Animasi kisah Nabi Nurflix mendapat sambutan baik
- Rasuah lebih teruk dari daging babi – Ayob Khan
- Ajaran sesat PMYT, Sittah Annur disoal siasat disoal
- Wanita bersalin sendirian tidak patut berulang – TMJ
- Tangguh pemilihan Umno: SPRM terima aduan pegawai kanan RoS salah guna kuasa, rasuah
- Bekas timbalan menteri kesihatan kini penasihat khas Khairy
- Netizen korek identiti ‘amoi’ piza
- 7 Presiden Ini Dikatakan Paling Termiskin Dalam Dunia Serta Hidup Dalam Sederhana
- Pengacara televisyen dikecam minta tetamu tunjuk cara perkosa wanita [VIDEO]
- Lebih setahun tinggal dalam kereta, akhirnya lelaki dapat rumah
- Mengapa QARIN Mengajak Manusia Melakukan Kemungkaran
Layari Laman Facebook MYKMU
Menurut Noraini, beliau percaya Roziah, 58, mampu menggalas tanggungjawab besar dalam universiti berkenaan.
“Visi UiTM menjadi sebuah universiti mega seterusnya memberi peluang luas kepada Bumiputera memperbaiki taraf hidup melalui pendidikan tinggi dalam semua bidang.
“Saya yakin beliau (Roziah) mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan UiTM,” katanya menerusi laman Facebook (FB) miliknya hari ini.
Beliau berkata, Roziah berkelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Matematik dari The State University of New York @ New Paltz New York, Amerika Syarikat (AS).
“Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang sama dari West Virginia University, AS selain memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Statistik pada 2003 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” ujarnya. K Online
Roziah Naib Canselor wanita pertama UiTM