Pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah disahkan ada Afghanistan
Pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah disahkan ada Afghanistan
KABUL: Pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, yang tidak pernah tampil di khalayak umum dan kedudukannya selama ini tidak diketahui, kini disahkan berada di Afghanistan.
Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, mengesahkan beliau berada di Kandahar dan sudah berada di sana sejak Taliban mengambil alih pentadbiran Afghanistan pada 15 Ogos lalu.
Timbalan Zabihullah, Bilal Karimi, pula mengesahkan Hibatullah akan membuat penampilan umumnya yang pertama tidak lama lagi.
Malah, lokasi pemimpin digelar komander yang mengetuai Taliban sejak 2016 itu juga tidak pernah diketahui sebelum ini.
Setakat ini, hanya sekeping gambar Hibatullah pernah dikeluarkan Taliban sejak kumpulan itu menakluki Kabul.
Malah, sejak menguasai Kabul bulan ini, kumpulan itu terus mengawal pergerakan Hibatullah.
Sebelum ini, penampilan Hibatullah dilihat hanya terhad kepada penyampaian mesej tahunan sempena cuti perayaan Islam.
Sehingga kini, ketua pelbagai puak Taliban bukan saja dilihat berkhutbah secara terbuka di masjid di Kabul, namun turut bertemu dengan tokoh pembangkang beberapa hari kebelakangan ini.
Difahamkan, Hibatullah dilihat banyak mengikut gaya pengasas Taliban, Mullah Mohammad Omar, yang sering beroperasi di sebalik tabir kerana menjadi sasaran utama serangan.
Kerahsiaan berhubung kedudukan pemimpin tertinggi Taliban mungkin didorong alasan keselamatan susulan pembunuhan bekas pemimpin kumpulan itu, Mullah Akhtar Mansur, dilakukan melalui serangan dron oleh Amerika Syarikat (AS).
Hibatullah belum mengeluarkan sebarang kenyataan sejak kemenangan Taliban, selaras dengan strategi pergerakan itu memastikan pemimpin utamanya tidak terdedah kepada bahaya.
Kandahar adalah tempat kelahiran pergerakan Taliban dan juga pusat pentadbirannya sekitar 1990an. BH
Pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah disahkan ada Afghanistan
Baca Artikel Menarik :
- Suspek sorok mayat mangsa rogol, liwat direman seminggu
- Serangan Bom: Dua rakyat Malaysia Didakwa Di Teluk Guantanamo
- Perkenalkan Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Lompat Parti – Azalina
- Semoga kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia – Najib
- Dulu Menteri Sekarang Jadi Penghantar Makanan [VIDEO]
- Pengawal keselamatan tular sebab dibelasah meninggal dunia
- Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul
- Dafi tak mahu rakyat stress, rela dimarahi
- Bekas PA dedah kisah cinta terhalang dengan Vida
- “Ikut Tingkap Ke? Malunya” – Ayda Jebat Dikecam Pilih Bersalin Secara Pembedahan#
- Mereka hendak bunuh karier politik saya
Layari Laman Facebook MYKMU
Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun
You must be logged in to post a comment.