Limbang, Kapit, Miri diisytiharkan kawasan Demam Babi Afrika
Limbang, Kapit, Miri diisytihar Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika
KUCHING: Bahagian Limbang, Kapit dan Miri kini diisytiharkan sebagai Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika (ASF).
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sarawak, Dr Adrian Susin Ambud, berkata pengisytiharan dibuat Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berikutan penemuan penyakit ASF di Sabah dan Kalimantan Utara.
“Perintah ini dilaksanakan mengikut Seksyen 35 (1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999. JPBN Bahagian Limbang yang dipengerusikan Residen Bahagian Limbang telah bermesyuarat hari ini dan tindakan bersepadu membabitkan pelbagai agensi akan dilaksanakan untuk mengekang penyakit ASF daripada merebak,” katanya.
Dr Adrian berkata, JPV negeri telah melaksanakan langkah kawalan seperti pengharaman pengimportan babi dan produk babi ke negeri ini dari negara atau negeri yang terjangkit dan memantapkan pemantauan ke atas semua ladang babi komersial serta babi kampung di seluruh Sarawak.
Pada masa sama, beliau berkata, JPV turut melaksanakan penakaian babi di kawasan yang dijangkiti di Kampung Buduk Bui di Lawas, Limbang serta pengharaman pengerakan babi dan produk ternakan itu dari kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Kawalan ASF ke kawasan lain.
“Pengawalan kemasukan babi dan produk babi dari kawasan lain ke kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Kawalan ASF memerlukan permit pergerakan dari pejabat JPV bahagian,” katanya.
Katanya, orang awam tidak dibenarkan memindah atau membawa babi hidup, daging babi atau hasil produk babi keluar dari kawasan kawalan, selain dilarang membawa masuk, jual beli secara dalam talian atau aktiviti kiriman pos sebarang daging babi atau hasil produk babi tanpa permit.
Sementara, beliau berkata, penternak telah diarahkan untuk tidak memberi sisa makanan dapur dan sekiranya ternakan babi diberi makanan lebihan dapur, ia perlu dimasak sekurang-kurangnya 30 minit untuk membunuh virus ASF.
Katanya, penternak juga perlu melaporkan kepada Pejabat JPV terdekat sekiranya terdapat sebarang kematian babi ternakan.
Dr Adrian menegaskan, babi atau hasil produk babi yang dipindahkan atau ditawarkan untuk dijual atau dijual dalam pelanggaran perintah boleh disita atau dimusnahkan oleh JPV.
“Tiada pampasan akan dibayar untuk sebarang babi atau hasil produk babi yang dirampas atau dimusnahkan mengikut seksyen berkenaan. Kegagalan mematuhi arahan berkenaan akan dikenakan denda tidak melebihi RM1,000.
“Sesiapa yang didapati membawa masuk ternakan dan hasil ternakan dari negara luar tanpa import permit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 dan/atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Beliau turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa daging babi di pasaran adalah selamat untuk dimakan kerana sumber daging babi terbabit dari ladang yang bebas virus ASF. BH
Limbang, Kapit, Miri diisytiharkan kawasan Demam Babi Afrika
Baca Artikel Menarik :
- Suspek sorok mayat mangsa rogol, liwat direman seminggu
- Serangan Bom: Dua rakyat Malaysia Didakwa Di Teluk Guantanamo
- Perkenalkan Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Lompat Parti – Azalina
- Semoga kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia – Najib
- Dulu Menteri Sekarang Jadi Penghantar Makanan [VIDEO]
- Pengawal keselamatan tular sebab dibelasah meninggal dunia
- Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul
- Dafi tak mahu rakyat stress, rela dimarahi
- Bekas PA dedah kisah cinta terhalang dengan Vida
- “Ikut Tingkap Ke? Malunya” – Ayda Jebat Dikecam Pilih Bersalin Secara Pembedahan#
- Mereka hendak bunuh karier politik saya
Layari Laman Facebook MYKMU
Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun
You must be logged in to post a comment.