Boleh buat jika pinda perlembagaan

Boleh buat jika pinda perlembagaan. Undang-undang lompat parti tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Pakar Undang-Undang, Profesor Datuk Salleh Buang berkata, di bawah Perkara 10 itu, ia memberikan hak seseorang untuk berpersatuan.

Bagaimanapun, undang-undang itu boleh dibuat sekiranya seseorang itu sudah menjadi ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).



“Bila dia lompat parti maka keahlian ADUN atau ahli Parlimen itu gugur, itu boleh. Ini yang dilakukan di Singapura serta negara lain dan itu yang saya sarankan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Salleh berkata, sekiranya keahliannya seseorang itu gugur, satu pilihan raya akan diadakan.

Dalam pada itu, Pensyarah Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar pula berpendapat dua perkara utama yang dicadangkan oleh Azalina iaitu pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election dan pilihan raya bermandat untuk parti perlu diperhalusi walaupun matlamatnya baik.

Menurutnya, ia bagi memastikan cadangan atau mekanisme yang diambil itu selari dengan undang-undang dan perlembagaan.



“Salah satu aspek yang menyebabkan ada (sesetengah) orang tidak bersetuju dengan undang-undang seperti ini ialah ia dianggap sebagai menghalang kebebasan berpersatuan.

“Kita tidak mahu undang-undang lompat parti ini bertentangan dengan hak asasi. Di sini kita ada nampak dua isu iaitu satu demokrasi dan satu lagi hak asasi,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya mahu membuat recall election mengikut sistem pilihan raya yang ada, ia memerlukan pindaan perlembagaan.

“Untuk peringkat Dewan Rakyat, perlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan untuk negeri, perlukan pindaan pada undang-undang tubuh negeri.



“Ia juga memerlukan undang-undang lompat parti itu diluluskan di Parlimen bagi memberi kuasa membenarkan negeri membuat pindaan,” katanya.

Boleh buat jika pinda perlembagaan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Perkenalkan Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Lompat Parti – Azalina



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker