Dakwaan masalah kewangan maahad tahfiz, pondok diteliti – Idris

Dakwaan masalah kewangan maahad tahfiz, pondok diteliti – Idris

Dakwaan beberapa maahad tahfiz dan pondok berdepan cabaran meneruskan operasi berikutan masalah kewangan yang semakin teruk akibat Covid-19 akan diteliti lebih terperinci, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baharu dilantik, Idris Ahmad.

Katanya, beliau juga akan cuba menyelesaikan isu berbangkit itu sebaik sahaja memulakan tugas secara rasmi selepas mengangkat sumpah.



“Kita akan lihat dan selesaikan isu ini, selepas secara rasmi memasuki kementerian,” katanya kepada FMT.

Idris berkata, beliau juga difahamkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu berbangkit dan telah bertindak lebih awal bagi menyelesaikan masalah berlaku.

“Setakat ini saya diberitahu proses nak selesai masalah berjalan dan ketua pengarah JAKIM juga telah beri kenyataan (semalam),” katanya.

Semalam, JAKIM berkata pihaknya sudah menyalurkan bantuan RM60 juta kepada 1,066 institusi pendidikan Islam merangkumi 558 sekolah agama, 413 tahfiz dan 95 pondok yang terjejas berikutan pandemik Covid-19.



Ketua Pengarahnya, Abd Aziz Jusoh, berkata peruntukan RM21 juta bagi Bantuan Khas Impak Pandemik Covid-19 juga diagihkan kepada institusi pendidikan Islam swasta berdaftar bagi bantuan sara hidup kepada guru dan bantuan pengurusan operasi institusi berkenaan.

“Setiap guru menerima RM800 dan dimanfaatkan seramai 20,512 penerima manakala sebanyak 1,849 institusi menerima manfaat bantuan pengurusan institusi,” kata Abd Aziz.

Idris berkata, demikian ketika diminta mengulas, beberapa pusat maahad tahfiz dan pondok di beberapa negeri termasuk Perak dan Negeri Sembilan berdepan cabaran dan kekangan meneruskan operasi berikutan masalah kewangan yang semakin teruk akibat Covid-19 sehingga tidak mampu membayar gaji kakitangan. FMT

Dakwaan masalah kewangan maahad tahfiz, pondok diteliti – Idris




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker