Masa Untuk Selamatkan Rakyat, Pulih Ekonomi, Bukan Politiking – Hadi Awang

Masa Untuk Selamatkan Rakyat, Pulih Ekonomi, Bukan Politiking – Hadi Awang

Pas mendukung kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan memberi sepenuh kepercayaan kepada barisan jemaah menteri yang diumumkan semalam.

Ia bagi meneruskan usaha menangani pandemik COVID-19, memulihkan ekonomi dan memperkukuh perpaduan dalam negara, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Pas memberi sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri untuk menumpukan khidmat kepada rakyat dan menjalankan tugas masing-masing, dengan budaya kerja berprestasi tinggi berorientasikan keberhasilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi juga mengajak semua pihak untuk membantu menyelesaikan masalah negara secara bersama.

“Sekarang adalah masa untuk menyelamatkan rakyat dan memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik.

“Bukan masa untuk politiking yang tidak berkesudahan sehingga merencatkan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara secara menyeluruh,” tambahnya.

Sumber: Facebook Abdul Hadi Awang

Masa Untuk Selamatkan Rakyat, Pulih Ekonomi, Bukan Politiking – Hadi Awang


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

PU Syed mohon polis ziarah Suhaimi Saad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker