Anda Dengar Banyak Perkara Buruk Tentang IVF, Pakar Ini Jelaskan 5 Mitos Mengenai Rawatan Ini

Anda Dengar Banyak Perkara Buruk Tentang IVF, Pakar Ini Jelaskan 5 Mitos Mengenai Rawatan Ini

MASALAH kesuburan yang dihadapi oleh setiap pasangan adalah berbeza antara satu sama lain dan ada antara mereka mungkin terpaksa mempertimbangkan kaedah In Vitro Fertilisation (IVF) apabila alternatif rawatan lain tidak berhasil.

Antara sebab pasangan mendapatkan rawatan IVF termasuklah mengalami masalah kesuburan yang tidak dapat dijelaskan, di mana tidak terdapat sebarang sebab nyata pada pesakit.



Ada kemungkinan berlaku masalah tiub fallopian kiri atau kanan yang tersumbat dan menghalang sperma daripada bertemu ovum, disfungsi ovulatori dan mungkin disebabkan oleh kecacatan dalam kualiti dan kuantiti sperma.

Bagaimanapun, kewujudan pelbagai informasi mengenai prosedur IVF di media sosial khususnya cenderung mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.



Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Sunway Medical Centre Velocity iaitu Dr Ashley Chung Soo Bee dan Dr Farah Leong Rahman.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Sunway Medical Centre Velocity, Dr Ashley Chung Soo Bee dan Dr Farah Leong Rahman.

Hal ini berkemungkinan memberikan persepsi kurang tepat tentang bagaimana prosedur sebenar IVF dijalankan.

Sempena dengan Hari IVF sedunia tahun ini, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Sunway Medical Centre Velocity iaitu Dr Farah Leong Rahman dan Dr Ashley Chung Soo Bee berkongsi mengenai beberapa perkara mitos berhubung proses rawatan itu.



Clear IVF dish and micromanipulators over it in the laboratory of the in vitro fertilization. Closeup photo with selective focus. Horizontal.

1. IVF boleh dilakukan pada sebarang usia

Dr Ahsley menjelaskan bahawa kadar kejayaan IVF bergantung kepada umur seseorang pesakit.

“Apabila umur seseorang semakin meningkat, rezab ovari individu tersebut akan berkurangan. Ini mengakibatkan kemerosotan dalam kualiti dan kuantiti telur dihasilkan, oleh itu kadar kejayaan IVF akan menurun,” katanya.

Jelasnya, amat penting pesakit mendapatkan khidmat rundingan perubatan bagi menentukan sekiranya keadaan kesihatan mereka adalah sesuai untuk melakukan IVF ataupun sebaliknya.



Keguguran

2. Pesakit yang telah mengalami keguguran tidak boleh menjalani IVF

Dr Farah menjelaskan bahawa IVF boleh menjadi satu pilihan bagi pasangan meskipun pernah mengalami keguguran.

“Salah satu penyebab utama keguguran adalah bayi yang abnormal, di mana badan pesakit akan menghalangnya daripada implan dalam rahim atau menyebabkan kegagalan kehamilan.

“Risiko kandungan boleh dikurangkan jika kesihatan bayi dan kandungan dipastikan selamat. Setelah menghasilkan embrio melalui IVF, kami boleh menjalankan ujian genetik ke atas bayi dalam kandungan untuk memeriksa sama ada mereka sihat atau sebaliknya.



“Dengan itu, pasangan terbabit boleh mendapat ketenangan fikiran setelah mengetahui bahawa embrio yang sihat akan dipindahkan ke dalam rahim,” ujarnya.

Cuba dapatkan anak

3. Pesakit tidak perlu bimbang tentang masalah kesuburan jika mereka telah mempunyai seorang anak

Masalah kesuburan sekunder boleh berlaku dalam pesakit yang pernah hamil sebelum ini dan mungkin menyebabkan mereka sukar untuk mengandung lagi.

“Kehamilan sebelumnya mungkin menyebabkan masalah kesuburan yang baru akibat daripada pembedahan yang dilakukan, komplikasi pembedahan atau jangkitan yang berlaku berikutan kelahiran anak yang mungkin menyebabkan parut, yang boleh membawa kepada masalah kesuburan,” kata Dr Ashley.



IVF

4. IVF sangat mahal

Dr Farah menjelaskan kos IVF di Malaysia adalah agak berpatutan berbanding dengan negara lain. Jelasnya, kos IVF adalah lebih tinggi kerana ia memerlukan pelbagai prosedur berperingkat – dari merangsang telur dalam ovari melalui suntikan, mengeluarkan telur itu sebaik sahaja ia dianggap sudah mencapai tahap optimum dari segi saiz.

Ini termasuklah pelbagai prosedur lain dalam makmal IVF yang hanya boleh dilakukan oleh kakitangan berkemahiran (embriologis) menggunakan pelbagai peralatan khas.

Peralatan khas ini juga kosnya tinggi untuk dibeli, diselenggara dan digunakan untuk mendapatkan hasil diinginkan. Bagaimanapun, pasangan boleh bergantung kepada pilihan pembiayaan seperti menggunakan EPF untuk rawatan kesuburan.

Menopause

5. IVF boleh menyebabkan menopaus awal

Meskipun tidak terdapat satu angka tertentu seseorang boleh menjalani IVF, Dr Farah memberi jaminan kepada pesakit bahawa IVF boleh menyebabkan menopaus awal.

“Semasa proses ini, kami menggunakan telur yang ada dalam bulan tersebut dan jika tidak digunakan, telur-telur ini akan habis sebelum perlu menunggu bulan berikutnya,” katanya.

Jika kitaran pertama tidak berjaya, perunding akan mengimbas kembali pada kitaran pertama pesakit dan melihat sekiranya terdapat apa-apa perkara yang boleh dilakukan dengan cara berbeza untuk mendapatkan hasil lebih baik pada kali kedua rawatan dan seterusnya.

Anda Dengar Banyak Perkara Buruk Tentang IVF, Pakar Ini Jelaskan 5 Mitos Mengenai Rawatan Ini


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Banyak Kepala Sperma Yang Cacat” – Aktif Berbasikal Menyebabkan Air Mani Lelaki ‘Lemah’?

Doktor ‘Buntingkan’ 17 Wanita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker