Azman Naim: Kabinet saya mangkuk kitar semula

Azman Naim: Kabinet saya mangkuk kitar semula

‘Kabinet’ saya boleh letak ‘mangkuk kitar semula’, usik penyanyi lagu parodi Azman Naim

Penyanyi lagu parodi Mohd Nur Azman Naim muncul dengan klip video mengenai “kabinetnya” pada hari sama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan senarai Jemaah Menteri dan timbalan menteri.



Dalam klip ringkas itu, Azman berkata beliau cuma mahu berkongsi di media sosial, “kabinet” dapurnya yang mengandungi “mangkuk” yang boleh “dikitar semula”.

“Hari ini saya hanya nak ‘review’ kabinet saya. Kabinet saya biasa sajalah. Tak ada apa ‘special’ pun..tapi kabinet ni kita boleh letak macam-macam, contoh seperti mangkuk. Kita boleh gunakan kabinet ini untuk letak mangkuk.

“Ini bukan sebarang mangkuk. Ini mangkuk plastik jadi kita boleh kitar semula. Kalau kita tidak guna dulu, kita boleh jadikan mangkuk lagi, kita boleh letak dalam kabinet. Jadi penting barang-barang kitar semula ini,” kata Azman.

Video ringkas itu dikongsi hampir 5,000 pengguna media sosial dengan lebih 10,000 tanda suka di Facebook “Azman Naim 44 Mantra” dalam tempoh lima jam.



Kebanyakan mereka mengaitkan video Azman kepada pengumuman Jemaah Menteri oleh Ismail di Putrajaya pagi tadi.

Mereka menyifatkan Jemaah Menteri Putrajaya itu sebagai sarat dengan muka lama yang tidak menguja, dan dikitar semula daripada barisan Jemaah Menteri pimpinan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan minggu lalu.

“Kerajaan baru, muka lama, hasil dari kitar semula, sah la rakyat Malaysia yang kurang bijak pandai,” kata warganet Rosli Lie.

Erin Adrian berkata, “perghh betul-betul perli tu, yang duduk kat Kabinet memang yang recycle.”



“Padu tak faham jugak tak tahu la, kepada kerajaan tu jangan nak kejar jawatan je, rakyat sentiasa memerhati, kok jadi kabinet dapur,” kata Anyar Jack Sperow.

Fariz Zakaria menyifatkan Jemaah Menteri itu sebagai “kerajaan PN kitar semula. Kalau tak sokong PN, marah. Sendiri mangkuk tak sedar. Menyusahkan rakyat.”

Dalam membentuk pentadbirannya, Ismail yang juga naib presiden Umno, mengekalkan kebanyakan menteri lalu, meskipun ada yang ditukar potfolio.

Pada masa sama, veteran seperti Shahidan Kassim diberi nafas politik baharu apabila dilantik Menteri Wilayah Persekutuan dalam Jemaah Menteri yang merangkumi 69 menteri dan timbalan menteri.



Antara “darah muda” ditampilkan oleh Ismail adalah Ahmad Faizal Azumu, sebagai menteri belia dan sukan.

Faizal yang juga dikenali Peja adalah bekas menteri besar Perak dan timbalan presiden Bersatu. Beliau menjadi penasihat kepada Muhyiddin kira-kira tiga minggu sebelum Ahli Parlimen Pagoh itu meletak jawatan.

Azman, mencipta nama di media sosial dengan menyanyi lagu Melayu dengan lirik mencuit hati diubah mengikut isu semasa.

Semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan Azman “dicari” kerana lagunya mendapat perhatian baginda.



Tunku Ismail dilaporkan berkata, penyanyi berkenaan dicari bukan atas sebab yang tidak baik tetapi susulan sebuah video nyanyian semula My Way dendangan Frank Sinatra yang diolah dengan lirik mengenai vaksinasi yang mencuit hati.

Baginda menyifatkan video olahan Azman itu sebagai “First Class”. FMT

Azman Naim: Kabinet saya mangkuk kitar semula


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker