Masa untuk kerajaan, pembangkang tamat prejudis

Masa untuk kerajaan, pembangkang tamat prejudis, persepsi negatif, kata Khaled

Prejudis terhadap pembangkang dan persepsi negatif terhadap kerajaan perlu ditamatkan, kata Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin.

Khaled dalam kenyataan berkata, beliau berharap agar langkah besar yang dimulakan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan disusuli pelbagai tindakan lebih terangkum daripada kedua-dua pihak.

“Prejudis terhadap pembangkang mesti berakhir. Begitu juga persepsi negatif terhadap kerajaan harus berubah.

“Semua adalah rakan penting dalam kesuburan demokrasi dan tatakelola yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, persefahaman dan kenyataan bersama antara perdana menteri dengan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama dalam menyelesaikan kemaslahatan negara adalah permulaan era baharu yang sangat positif.

Katanya, langkah itu menunjukkan kesediaan perdana menteri untuk bekerjasama rentas parti dan ideologi dalam semangat Keluarga Malaysia.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Menurutnya, politik Malaysia tidak boleh lagi dalam takuk lama dan paradigma baharu dalam amalan demokrasi mesti harus lebih luas, terbuka dan progresif.

“Malaysia adalah milik semua. Ia tanah air semua untuk semua dan kita mesti bersepakat deminya. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.”

Terdahulu, Ismail dan tiga pemimpin tertinggi PH mencapai kata sepakat untuk memperkukuhkan fungsi Parlimen sebagai institusi bertanggungjawab menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif.

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Ismail, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu. FMT

Masa untuk kerajaan, pembangkang tamat prejudis

Tak perlu lantik TPM pun, jangan peningkan kepala

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker