Beza Antara Ilham Dari Allah Dan Dari Syaitan
Ketahui Beza Antara Ilham Dari Allah Dan Dari Syaitan
Mungkin ada yang masih ingat, pada 4 November 2009, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang kali ke 181 telah mengisytiharkan bahawa ajaran yang dibawa oleh Abdul Kahar Ahmad adalah sesat dan menyeleweng dari agama Islam.
Keputusan ini dibuat setelah mendapati bahawa Abdul Kahar mengaku dirinya sebagai rasul untuk menyampaikan ilmu Allah dan mendakwa menerima wahyu dari Allah menerusi proses yang sama seperti yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w.
Bukan dia sahaja, malah ada beberapa lagi individu yang turut mendakwa mereka sama ada mendapat wahyu, ilham atau mimpi bertemu Allah, malaikat atau Rasulullah, yang kemudian mengaku bahawa mereka adalah utusan Allah, atau Imam Mahadi yang akan membawa umat manusia kepada jalan kebenaran.
Sememangnya di dalam menentukan sama ada apa yang diperoleh itu merupakan ilham yang sebenar dari Allah atau sebaliknya, beberapa kriteria perlu diperhalusi supaya seseorang yang menerima ilham itu tidak terkeliru mana yang benar dan mana yang salah.
Dalam menentukan yang mana benar yang mana salah menurut Prof. Madya Dr. Faudzinaim Badaruddin, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ilham ini semuanya boleh belaka dan berlaku pada mana-mana manusia.
Namun begitu ada parameternya yang tersendiri iaitu selama mana ia tidak bercanggah dengan syariat Allah maka jelas ia dari Allah. Tetapi jika ia ada berlaga antara halal dan haram dan bersalahan dengan syariat Allah, jelas itu datangnya dari syaitan.
Terdapat satu kisah yang pernah berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. Katanya, dia bermimpi hingga satu peringkat dapat melihat Arasy serta seekor makhluk yang mengaku dirinya tuhan yang memerintahkan Syeikh Abdul Qadir untuk makan benda-benda yang haram.
Pelbagai tipu helah dilakukan syaitan dalam memperdaya manusia salah satunya adalah dengan menyamar sebagai tuhan.
Mendapati ia bertentangan dengan syariat Islam, tahulah Syeikh Qadir bahawa mimpinya itu bukanlah datangnya dari Allah tetapi syaitan laknatullah. Syaitan berasa pelik bagaimana Syeikh Abdul Qadir mengetahui bahawa dia bukanlah Allah.
Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani “Apa yang kamu suruh itu sememangnya melanggar perintah Allah, jadi aku tahu engkau bukanlah tuhan.”
Syaitan mengaku bahawa sebelum ini dia ada melakukan tipu helah yang sama kepada orang lain dan mereka terpedaya, tetapi dengan Syeikh Qadir dia tidak terpedaya dan tidak boleh ditipu
Oleh itu menurut Faudzinaim lagi, kategori seseorang mendapat ilham tidak semestinya sudah bersih hatinya. Semua orang dapat berinteraksi dengan Allah cumanya kita kena lihat dari sudut apakah ilham yang datang itu, samada benar atau tidak bergantung kepada orang tersebut. Mimpi juga sama di mana ia akhirnya datang dengan beberapa cara dari Allah, dari syaitan atau nafsu
Perlu Hati Yang Bersih
Lazimnya untuk mengukur benar atau salah, jika sudah bersih hatinya maka ilham yang datang akan menyebabkan rasa ketakwaan dan ketaatan kepada Allah semakin meningkat. Sebaliknya jika seseorang tidak mempunyai hati yang bersih maka kesudahan dari ilham yang datang itu akan menyebabkan ia menjadi sombong atau bersikap buruk kerana jiwanya yang kotor.
Itu yang menjadikan ia keliru sebagaimana yang berlaku pada Abdul Kahar dan ramai lagi. Mereka kata dilantik sebagai nabi membawa manusia kepada kebenaran, sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir, bukankah itu salah kerana bertentangan dengan hadis dan ayat al-Quran.
Malah ada juga yang mendakwa mereka tidak perlu solat, cukup hanya dengan zikir sahaja sudah memadai kerana menurutnya dia telah mendapat ilham dari Allah sehingga ditinggikan martabatnya dari orang yang biasa.
Al-Quran dan Hadis Menjadi Ukuran
Sememang dalam mimpi atau ilham ia terlalu luas, jadi untuk mengukur kebenarannya hanya dengan berpandukan ukuran syariat serta tidak terkeluar dari sempadan al-Quran dan al-hadis. Jika tidak terkeluar, adakah wajib ikut? Dalam hal ini ia pengalaman peribadi. Terpulang samada untuk ikut atau tidak.
Keduanya tidak semesti kena ikut kerana jaminan kebenaran itu tiada. Kadang-kadang kita ukur dengan ilmu kita yang tidak seberapa (ilmu bercampur nafsu dan bisikan syaitan). Maka akhirnya menyebabkan berlaku perkara yang nampak benar atau diperlihatkan benar pada kita tetapi hakikatnya salah.
Namun sekiranya jika kita ikut dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah, itu tiada masalah sebaliknya jika ikut tetapi menjadikan dia lebih jauh dari Allah, atau seolah-olah taat tapi meninggalkan agama atau terseleweng akidahnya dari Ahli Sunnah itu tidak boleh.
Ia samalah seperti ada yang mendakwa dia tidak perlu solat dengan melaksanakan perbuatan berdiri, duduk, rukuk atau sujud tetapi hanya cukup dengan berzikir kepada Allah kerana mendakwa maqam atau martabatnya tinggi yang mana kononnya mendapat ilham di dalam mimpi.
Jelas perbuatan ini bertentangan dengan syariat Islam bahkan juga berlawanan dengan apa yang dilakukan oleh Baginda s.a.w. Justeru sekiranya bertemu dengan situasi begini atau berjumpa dengan individu seperti ini maka jauhilah kerana sudah jelas itu bukan ilham dari Allah melainkan ilham syaitan laknatullah. Wallahu a’lam. Utv
Beza Antara Ilham Dari Allah Dan Dari Syaitan
Baca Artikel Menarik :
- Pesakit Covid-19 Tumbuk Jururawat Sebelum Cuba Lari Dari Hospital
- Tunai umrah bersama, rakan baik songlap duit
- Azalina digesa dilantik sebagai Menteri KDN
- Dari Penternak Kambing Ke Laman Rumah Mentua, Kini Mr. Pepper Ada Kilang Sendiri
- Most Eligible Royal Bachelor Of Malaysia
- Azmin as DPM? Mediocrity breeds mediocrity
- Beri peluang Ismail Sabri jadi Menteri Kewangan
- Rakyat nak pembaharuan, nama kerajaan tak penting – Najib
- Sultanah akan beri keterangan dalam saman fitnah
- Resepi Kek Paun Lemon Sedap
- Lantik Azmin sebagai TPM umpama bunuh diri
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.