TMJ mahu jumpa 779 guru tolak vaksin
TMJ mahu jumpa 779 guru tolak vaksin. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan 779 guru yang menolak suntikan vaksin Covid-19 untuk mencari penyelesaian isu berkenaan.
Menerusi dua hantaran di Twitter, baginda bertitah pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat dan berharap ia dapat diselesaikan dengan cara berhemah.
“Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah,” titah baginda dalam hantaran itu.
Tunku Mahkota Johor membuat hantaran itu susulan perkongsian warganet mengenai laporan media menyatakan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin Covid-19.
Terdahulu, Pengerusi Tetap Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang yang menjawab soalan tambahan di Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14 turut memaklumkan mengenai perkara itu.
Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai manfaat vaksin supaya semua guru terbabit menerimanya.
TMJ mahu jumpa 779 guru tolak vaksin
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Zizan Razak Nasihat Aliff Syukri Jadi Ketua Kampung Sebelum Masuk Politik
- Muhyiddin Perlu Lalui ‘Ujian Integriti’
- Elok jika Bersatu tidak sertai kabinet
- ‘Sultan Melaka’ Mangkat Akibat Covid-19
- Kerajaan baharu bukan kerajaan PN, pemimpin Umno bidas Muhyiddin
- Resepi Maggi Bandung Sempoi Sedap
- Umno akan dipersalahkan jika Ismail gagal tangani Covid-19 – Khir Toyo
- Saya takkan lompat cari tempat berlindung-Zahid
- Cabaran laluan berliku Pak Long
- Itulah belalang, kan bapak dah bilang
- Zamburger giat ambil alih hotel
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.