Tajuddin beri amaran ‘Jangan kacau, biar Ismail tubuh kerajaan stabil’

Sebaran :

Tajuddin beri amaran ‘ Jangan kacau, biar Ismail tubuh kerajaan stabil’. Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu bersikap terbuka dan menghayati permintaan serta aspirasi parti yang menyokong pencalonan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri, kata ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu, Tajuddin Abdul Rahman.

Katanya, parti perlu mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi pada era Perikatan Nasional (PN) bawah pimpinan Muhyiddin Yassin dan cuba untuk tidak mengulanginya lagi.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, Ismail diyakini dapat berbincang secara terbuka dengan setiap “rakan kongsi” dalam usaha beliau menubuhkan kerajaan stabil.

“Mungkin sudah ada permintaan daripada PN, Bersatu, PAS dan lain-lain. Sebagai rakan kongsi dalam kerajaan yang akan ditubuhkan oleh Ismail Sabri, elok dibincangkan elok-elok.

“Kita mesti menjaga hati dan perasaan dan aspirasi setiap daripada parti yang menganggotai…Umno, Bersatu, PAS. Jadi, barulah kita boleh menubuhkan kerajaan yang stabil.

“Kita tidak mahu mengalami keadaan yang lalu di mana kerajaan tidak stabil. Rasa tidak puas hati, tekanan daripada parti itu parti ini. Siapa yang rugi? Kalau kerajaan tidak stabil dan dijatuhkan satu demi satu, yang rugi rakyat,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Sementara itu, Tajuddin berkata, dalam pertemuan Ahli Parlimen bersama Agong, baginda mahu mengetahui sama ada sokongan dizahirkan itu benar-benar sukarela atau bawah tekanan.

“Semua sudah pergi menghadap Agong dan tiap-tiap seorang Ahli Parlimen mengesahkan sokongan mereka, bahawa sokongan dibuat secara rela hati, tanpa paksaan dan sebagainya,” katanya.

Hari ini, sejumlah 114 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong Ismail sebagai calon perdana menteri ke-9 dipanggil ke Istana Negara untuk mengesahkan sokongan mereka.

Calon perdana menteri perlu memperoleh minimum sokongan berjumlah 111 daripada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, iaitu menikmati sokongan majoriti.

Walaupun cakap-cakap berkenaan pelantikan Ismail sebagai perdana menteri kian hangat, namun kuasa melantik masih tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sekiranya perdana menteri dilantik, beliau dititah Agong mengadakan usul undi percaya ke atas perdana menteri bagi menguji keabsahannya di Parlimen.

Muhyiddin Yassin menjadi satu-satunya perdana menteri yang tidak diuji keabsahannya di Parlimen dan beliau meletak jawatan sebelum undi tersebut dilaksanakan.

Tajuddin beri amaran ‘ Jangan kacau, biar Ismail tubuh kerajaan stabil’


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ini senarai penuh 114 Ahli Parlimen sokong pelantikan Ismail Sabri


Sebaran :

Leave a Reply