PAS ucap tahniah pada Taliban
PAS ucap tahniah pada Taliban atas ‘kemerdekaan’ Afghanistan
PAS hari ini mengucapkan tahniah kepada rakyat Afghanistan dan Taliban atas perkembangan yang berlaku di negara berkenaan dan menganggapnya sebagai suatu “kemerdekaan” daripada cengkaman penjajahan.
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata ia juga adalah kemenangan buat rakyat Afghanistan yang membebaskan tanah air mereka.
“Kemenangan dan ‘kemerdekaan’ yang dicapai kali ini adalah hasil usaha seluruh rakyat Afghanistan dalam usaha untuk membebaskan tanah air mereka yang selama 20 tahun dijajah dan diceroboh dengan tanpa belas ihsan dan perikemanusiaan hingga hampir memusnahkan negara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khalil yang juga Adun Batu Buruk di Terengganu menambah dengan “kemenangan” itu PAS berharap semua pihak yang berkaitan dapat berganding baru membangunkan semula negara berkenaan.
Katanya mereka diharap mencapai kata sepakat untuk berdamai bagi meletakkan kembali Afghanistan di landasan yang betul.
Kumpulan Taliban menguasai Kabul sejak 16 Ogos lalu sekali gus menyempurnakan penguasaan mereka ke atas negara berkenaan selepas memulakan gerakan tersebut dari satu wilayah ke wilayah lain tanpa banyak tentangan beberapa bulan lalu.
Sejurus sebelum Taliban memasuki Kabul, Presiden Afghanistan Mohammad Ashraf Ghani Ahmadzai meninggalkan negara tersebut untuk ke lokasi yang sehingga kini belum disahkan.
Baca Artikel Menarik :
- Calon PM BN jangan kekalkan struktur kerajaan PN
- Apa tawaran kerajaan baharu jika PN kembali berkuasa
- “Mampukah PM9 Menyelesaikan Masalah Yang Di Tinggalkan Mahiaddin?
- Najib : Presiden Gerakan perlu faham isu sebelum jadi hero
- Che Ta Respon Saman RM5 Juta Azwan
- Dera, sepak kemaluan amah, wanita dipenjara
Layari Laman Facebook MYKMU
Ashraf – bekas pensyarah universiti di AS – mendakwa dia meninggalkan Afghanistan bagi mengelakkan pertumpahan darah. Menjelang pemergiannya kumpulan Taliban sudah berada di pinggir Kabul dan bersedia untuk memasuki ibu negara Afghanistan berkenaan.
Kemasukan Taliban ke Kabul kelmarin berlangsung secara aman.
Taliban kali ini dianggap lebih sederhana berbanding kumpulan yang mentadbir Afghanistan pada 1996 apabila mereka melaksanakan peraturan yang konservatif.
Bagaimanapun kemasukan Taliban juga menyaksikan sebahagian orang awam berpusu-pusu cuba meninggalkan Afghanistan termasuk dengan cara yang amat terdesak.
Khalil berkata kerajaan baru Afghanistan dan rakyat negara itu diharap dapat bersama-sama memajukan negara terbabit berasaskan nilai Islam.
“Semoga kerajaan baru Afghanistan dan rakyatnya berganding bahu dan berkerjasama membangunkan negara seterusnya memperolehi kemakmuran, keamanan dan kemajuan selepas ini dengan berpandukan syariat dan nilai-nilai Islam yang syumul di samping mendapat rahmat, keberkatan dan pertolongan Allah SWT,” katanya. Mk
PAS ucap tahniah pada Taliban atas ‘kemerdekaan’ Afghanistan