Dugaan Anna Jobling

Dugaan Anna Jobling

DI MATA umum, pencapaian dan perjalanan pelakon, Anna Jobling ketika ini tampak indah belaka. Agenda seninya mekar dan tawaran demi tawaran jelas tidak putus. Dia meniti puncak kegemilangannya.

Anna atau atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, bagaimanapun mengakui banyak menyimpan 1,001 derita.



Pengalamannya untuk mendaki ke tahap sekarang nyata berliku. Cumanya, dia memilih untuk memendam saja duri ranjau yang pernah menghambat dirinya sebelum nama meledak.

Baginya, dia masih berpegang teguh kepada prinsip tiada perkara yang mudah dalam dunia ini.

“Saya sangat bekerja keras untuk capai ke tahap ini. Saya tak mahu sia-siakan peluang ini. Mungkin ramai sangka sebab saya cuma jayakan drama Melur Untuk Firdaus semata-mata saja kemudian terus meledak. Tapi, sejak usia 15 tahun lagi saya sudah terbabit dalam bidang ini.

“Saya banyak kali dipijak dan ditolak. Terlalu banyak derita yang saya lalui. Tapi, semestinya saya takkan kongsi pengalaman itu menerusi media sosial. Macam biasa, orang suka tengok yang indah-indah saja.



“Kedengaran klise, tapi kalau benar-benar mahukan sesuatu, kita kena kerja lebih keras untuk dapatkannya. Jangan putus doa dan memiliki sistem sokongan yang kuat pun sangat penting juga,” katanya.

Satu hal yang menguatkan terus dirinya melangkah penuh gagah sebagai anak seni adalah sokongan orang terdekatnya. Dia bertuah perjalanannya bukan keseorangan, tapi segenap sisi ada yang memegang tangannya.

Atas sebab itu dia sebenarnya tidak melihat kesusahan lalu sebagai alasan mengadu domba. Sebaliknya, derita yang pernah melingkar perjalanannya itu menjadi tiang penting untuknya sentiasa tidak lupa diri.

“Sentiasalah dengan orang yang nak kita berjaya dalam hidup juga. Ada hal yang saya teringin juga nak kongsi, tapi lebih baik saya simpan sendiri saja. Sekarang pun saya jadi jadi figura awam, jadi privasi itu boleh dikatakan sudah tiada.



“Saya memilih menyimpan derita itu dan rasanya cukup cuma orang yang terdekat saja tahu. Itu saja sudah cukup untuk menjadikan saya lebih selalu berpijak di bumi nyata,” katanya.

Setiap saat hidupnya kini ditatang tanpa lelah. Anna seakan-akan sukar dihalang mengejar pelbagai tawaran dan mengerah kudrat tanpa jemu demi mengukuhkan nama jauh ke puncak.

Sehinggakan ia mencetus persoalan bila saja dia ada masa untuk berehat. Ternyata dia sendiri memilih tidak manjakan diri dengan kemalasan dan enggan dibelenggu penyesalan nanti.

“Ada saja ahli keluarga dan kawan-kawan tanya saya tak reti berehat? Kenapa pengurusan tak beri rehat? Tapi, sebenarnya saya sendiri yang tak nak rehat. Kalau rehat pun, mungkin satu atau dua hari.



“Kalau rehat lama sangat, saya rasa macam tak buat apa sangat dalam hidup, macam buang masa. Saya masih muda, kalau tak berusaha sekarang, tak capai semua, saya pasti menyesalinya pada masa hadapan.

“Jadi, saya nak kerja keras supaya suatu hari nanti, bila menoleh balik, saya sudah berikan yang terbaik berbekalkan rezeki sekarang,” katanya.

Dalam fikirannya, dia tidak mahu terlepas sesaat pun dalam kerjayanya untuk melunaskan mana-mana impian ingin dicapai. Bahkan, deretan tawaran sudah memenuhi jadualnya sehingga akhir tahun.

“Terus terang, 24 jam itu tidak cukup untuk saya. Banyak hal seperti saya tak cukup tidur, tapi saya anggap semua itu rahmat. Saya tahu bukan semua orang dapat rezeki seperti saya dapat ini.



“Selepas pulang dari Bali, saya akan mulakan penggambaran sebuah mega drama tayangan Astro. Ia sebuah karya yang bukan berkisar kisah cinta kebiasaan,” katanya.

Seronok berlakon di Bali

Ketika ini, Anna menjalani penggambaran drama berjudul The One di Bali, Indonesia.

Anna alami pengalaman lebih mengujakan terutama dari segi corak kerja di set penggambaran. Dalam seronok, dia puji persekitarannya yang mengagumkan.



“Saya rasa cara kerja produksi di sana sangat sepenuh hati dengan tugasan mereka. Setiap butiran kena terperinci, mereka ambil masa secukupnya untuk siapkan set penggambaran dan latihan pelakon pun dibuat berkali-kali.

“Seronok sangat dapat berada dalam persekitaran yang mana semua orang serius dan suka kerja mereka. Pada masa sama, kami, diberi kebebasan untuk sentiasa meneroka,” katanya.

Selain mendapat layanan yang sangat baik di set, Anna semakin menghargai betapa dunia seni lakonan sebenarnya satu belantara penuh warna-warni.

“Saya jadi lebih menghayati seni lakonan bagaimana menyeronokkan, mendalami dan mengkhayalkan ia. Saya rasa semakin penting untuk berasa selesa apabila berada di set lakonan.

“Mungkin juga sebab penggambaran di Bali itu juga, persekitarannya membuatkan saya sentiasa teruja setiap kali memulakan kerja. Berlakon di pantai, tak hujan dan cahaya matahari sentiasa terik,” katanya.

Dalam pada itu, Anna cukup teruja mendapat kepercayaan menjayakan naskhah bukan sekadar kisah cinta. Lebih menarik, fokus drama itu juga cukup relevan dengan trend masa kini.

“Saya sebenarnya menerima tawaran ini kerana jalan ceritanya yang lain daripada pernah saya buat. Ia berkisar aktiviti e-sukan, permainan video, persahabatan, percintaan dan pertandingan.

“Jadi, saya rasa kalau di Malaysia selalu pasal kisah cinta. Ada saja cerita lain, tapi secara peribadi yang saya dapat memang cerita cinta. Maka, saya ingin cuba sesuatu yang baharu.

“Sekarang zaman di mana ramai suka bermain Mobile Legend atau lain-lain permainan. Mereka boleh faham kisah sebegini yang ada elemen persahabatan, ‘gaming’ dan nilai-nilai lain tertentu,” katanya. HM

Dugaan Anna Jobling

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker