Zahid rela berkorban, tolak dicalonkan jawatan PM

Sebaran :

Zahid rela berkorban, tolak dicalonkan jawatan PM. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan pembentukan kerajaan baharu yang stabil dengan Kabinet berkesan mirip seperti ‘War Cabinet’, yang hanya memberi fokus terhadap proses pemulihan negara mendepani pandemik COVID-19.
Ahmad Zahid turut menegaskan beliau tidak berminat menamakan dirinya sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai sebuah parti terbesar di Malaysia, sebaliknya akan mempertimbangkan beberapa calon lain yang sesuai.
Beliau berpandangan, kerajaan yang perlu ditubuhkan segera itu perlu dihadkan untuk satu tempoh yang munasabah, dengan fokus menangani pandemik COVID-19 dan menguruskan isu kesejahteraan rakyat.
“Bagi tujuan ini, sebuah kabinet yang efektif mirip seperti ‘War Cabinet’ yang hanya memfokuskan proses pemulihan negara mendepani pandemik hendaklah dibentuk.
“Setelah negara mencapai imuniti kelompok dan keadaan memungkinkan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan, maka kerajaan ini harus dibubarkan bagi menyerahkan semula mandat mutlak kepada rakyat.
“Bagi menjamin kestabilan dan kerjasama politik dicapai, tindakan menzalimi parti dan pimpinan lawan hendaklah dihentikan.
“Menggunakan agensi kerajaan untuk melemahkan lawan dalam mengekalkan kuasa tidak akan memberi apa-apa faedah kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, menegaskan kecewa dengan dakwaan beliau mahu merebut jawatan Perdana Menteri, yang dilemparkan sepanjang kemelut politik melanda.
“Demi kepentingan rakyat dan negara, ketahuilah, saya tidak pernah terlintas untuk menamakan diri saya sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai sebuah parti terbesar.
“UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai pengalaman luas dan panjang dalam mentadbir negara, akan mempertimbangkan beberapa calon.
“Sehubungan itu, saya mengharapkan kerjasama serta sokongan semua Ahli Parlimen. Saya ingin menyeru kepada seluruh ahli dan kepimpinan UMNO di semua peringkat untuk mengenepikan segala perbezaan dan kembali bertaut demi menjayakan agenda rakyat dan negara ini,” katanya.
Zahid rela berkorban, tolak dicalonkan jawatan PM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini


Sebaran :

Leave a Reply