Siti Elizad mula hafal ayat suci al-Quran
Siti Elizad mula hafal ayat suci al-Quran
Pelakon dan juga penyampai radio Siti Elizad Sharifuddin, 37, mengambil peluang ‘kemanisan’ ketika musim pandemik Covid-19 apabila berusaha untuk menghafal beberapa surah daripada ayat-ayat suci al-Quran.
Elizad berkata, dia terpanggil untuk mula menghafal beberapa surah selepas mendapat inspirasi daripada sahabat-sahabatnya yang berkongsi video bacaan mereka dalam media sosial.
Menerusi hantaran sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Elizad turut berkongsi video dia mengalunkan bacaan daripada surah al-Waqiah yang dihafal sambil dipantau oleh suaminya yang turut berada disebelah.
“Jadi hari ini saya cuba dengan al-Waqiah. Ada 96 ayat. Maaf banyak lupa, banyak kesalahan daripada segi tajwid, tidak merdu (sebab suami kata banyak main).
“Insha-Allah perlahan-lahan saya cuba hafal lagi. Apa-apa pun saya terbuka dengan semua teguran,” jelasnya.
Dalam hantaran itu juga, Elizad turut memberikan ucapan terima kasih kepada Ustaz Khairullah dan Ustaz Hadi kerana banyak membimbing bacaan al-Qurannya yang dijalankan secara dalam talian.
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin, kemungkinan kembali sebagai PM
- Pas senada dengan Muhyiddin, hentam pemimpin UMNO
- “Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah
- Bagi Azwan melalak dulu, tunggu tindakan saya
- Berpaut pada roda pesawat sebelum terjatuh atas rumah penduduk [VIDEO]
- Dulu tinggal dalam kontena, sekarang jutawan Dolive
- Polis trafik selamatkan 3 beranak dari ‘Kepala Air’
Layari Laman Facebook MYKMU
Sementara itu, penyampai radio Sinar FM itu turut mengingatkan pengguna Instagram yang tidak suka dengan apa yang dia lakukan supaya tidak menonton hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya.
“Pada yang rasa tidak suka dan tidak berminat dengan perkongsian saya, boleh sahaja sorok hantaran saya (hide). Tiada paksaan untuk menyukainya. Seikhlas hati hendak berkongsi,” tulisnya.
Menjengah dalam ruangan komen, ramai rakan-rakan dalam kalangan selebriti turut berkongsi rasa bersyukur atas usaha yang dilakukan oleh Elizad antaranya Janna Nick, Elyana, Betty Rahmad, Farah Fauzana dan Yasmin Hani.
Sejak beberapa hari lalu, Elizad mula berkongsi imej terbaharunya apabila tampil dengan gaya imej berhijab.
Elizad memberitahu segala-galanya bermula apabila suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman membelikannya selendang secara dalam talian tanpa pengetahuannya.
“Semuanya bermula apabila saya buka satu bungkusan dan isinya ialah selendang. Rupa-rupanya suami yang belikan untuk saya. Saya letak di kepala, suami cakap cantik.
“Sejak itu lah saya perlahan-lahan memakai tudung dengan cara saya sendiri. Kebetulan saya bekerja pada 1 Muharam lalu, jadi bermula detik itulah saya sudah memakai hijab,” katanya. K Online
Siti Elizad mula hafal ayat suci al-Quran
Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan