PM baharu juga mesti bentang undi percaya

Perdana menteri baharu mesti membentangkan usul undi percaya dengan segera sebaik menerima pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, kata Ahli Parlimen Selayang William Leong.

Katanya, undian itu akan mengesahkan keputusan Agong dan membuktikan keabsahan perdana menteri baharu untuk mentadbir.

Leong berkata, pentadbiran bawah Perdana Menteri sementara Muhyiddin Yassin telah menggunakan “segala muslihat yang ada” untuk mengelakkan undi percaya seperti menangguhkan sidang Parlimen dan mengisytiharkan krisis kesihatan.



Katanya, selama ini wakil rakyat tidak dapat mengawasi kerajaan dalam pengurusan pandemik dan krisis ekonomi.

“Kita tidak akan tahu kesan yang diterima akibat mengelak pembentangan usul undi percaya. Berapa banyak daripada 1.4 juta kes positif dan 12,510 kematian boleh dielakkan, berapa banyak perniagaan yang ditutup dan ribuan kehilangan pekerja boleh diselamatkan. Ini tidak harus berlaku lagi,” katanya dalam kenyataan.

Sambil menjelaskan bahawa tanggungjawab Kabinet secara kolektif adalah konvensyen perlembagaan, Leong berkata tidak ada seorang pun menteri dalam Kabinet Muhyiddin, layak untuk menjadi perdana menteri

“Ia akan mempersendakan demokrasi berparlimen Malaysia jika seorang menteri dalam sebuah kabinet yang gagal, dilantik sebagai perdana menteri berikutnya,” katanya.



“Rakyat telah pun berasa malu dengan perdana menteri ke-7 yang meletak jawatan dengan niat untuk dilantik sebagai perdana menteri ke-8. Tolong jangan malukan rakyat lagi.”

Beliau berkata, demi kestabilan dan demokrasi negara, semua pemimpin parti harus menerima keputusan pilihan raya umum ke-14 dan menghormati mandat yang diberikan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memerintah selama lima tahun.

“Norma demokratik untuk menerima keputusan pilihanraya bermaksud PH harus dibenarkan untuk tempoh penggal yang masih ada. Ini perlu dilakukan. Bukan demi PH tetapi demi mengiktiraf mandat rakyat, demi negara dan demi demokrasi Malaysia.”


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker