KSN adakan mesyuarat khas KSU, ketua perkhidmatan

Sebaran :

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali pada Selasa mempengerusikan mesyuarat khas ketua-ketua setiausaha (KSU) kementerian dan ketua-ketua perkhidmatan secara maya untuk memastikan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat tidak terjejas.

Mohd Zuki berkata, beliau bersama-sama seluruh kepimpinan perkhidmatan awam akan terus teguh bekerja sehabis baik bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan dalam situasi semasa yang mencabar.

Menurut perkongsian dalam laman Facebook, beliau berkata, setiap kementerian dan agensi terus memberikan tumpuan kepada usaha memulihkan ekonomi dan mempergiat pelaksanaan dasar-dasar sedia ada demi kelangsungan hidup rakyat dan negara.

“Insya-ALLAH, negara kita akan terus ditadbir dengan baik melalui komitmen tidak berbelah bahagi para penjawat awam daripada semua sektor baik keselamatan, pertahanan, kesihatan, ekonomi, pendidikan dan sebagainya,” katanya.

Pada Isnin, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya.

Peletakan jawatan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda juga berkenan Muhyiddin untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau ‘caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. – Bernama

KSN adakan mesyuarat khas KSU, ketua perkhidmatan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini


Sebaran :

Leave a Reply