AG keluar warta kerajaan pelantikan Muhyiddin sebagai PM sementara

Jabatan Peguam Negara menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2021 berhubung pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sementara sehingga pelantikan perdana menteri baharu.

Warta itu memaklumkan fungsi Muhyiddin yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan kerajaan persekutuan dan perkara yang jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan menteri lain dalam Jemaah Menteri.

Perintah itu berkuat kuasa semalam.

Warta itu turut memaklumkan pembatalan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2020 [P.U. (A) 201/2020].

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara atau ‘caretaker’ sehingga perdana menteri baharu dilantik.

Pelantikan sebagai perdana menteri sementara itu diputuskan selepas Agong berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa semalam.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker