Azlee Senario : Lepas Ebit datang, makin laku

Azlee Senario : Lepas Ebit datang, makin laku

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa keping foto menunjukkan pelawak Azlee Senario berniaga buah-buahan di tepi jalan yang terletak di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh. Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dikatakan ada datang melawat kedai buahnya pada Sabtu lalu.

Ustaz Ebit Lew juga sempat membeli buah-buahan yang dijualnya serta memberi sedikit wang sumbangan.

Pendakwah bebas itu juga ada memberikan kata-kata semangat buat Azlee untuk terus mencari rezeki dalam keadaan pandemik ketika ini. Menurut Azlee ketika dihubungi pihak mStar, kedatangan Ebit Lew ke gerainya adalah satu kejutan besar.

Ebit Lew juga ada membeli buah-buahan serta ada memberi sedikit sumbangan. Saya sangat bersyukur dan berkat doanya, ramai orang datang membeli, Alhamdulillah..

Bukan setakat berniaga buah-buahan, Azlee juga dikatakan turut berniaga hasil laut seperti ikan, ketam, udang, lala dan sebagai di pasar malam sejak Jun lalu.

Malu apa jual buah tepi jalan

Pelawak dan anggota kumpulan Senario, Azlee Jaafar atau Azlee, 55, mengaku menerusi usahanya untuk berniaga buah-buahan di tepi jalan, ia sekurang-kurangnya dapat membantu menampung keperluan keluarga terutama dalam situasi pandemik pada waktu ini.

Menurut Azlee, dia tidak pernah berasa malu kerana tahu pada waktu ini tiada pilihan lain memandangkan ramai orang terjejas dari aspek pekerjaan.

“Sekarang ini, ramai yang terjejas, ada yang hilang pendapatan dan sebagainya. Ada juga beberapa projek seni saya sebelum ini yang terpaksa ditanggungkan kerana pandemik. Sebab itulah saya berniaga.

“Walaupun cuma berniaga buah-buahan dan makanan laut seperti udang galah ini tidaklah banyak mana untungnya, tetapi sekurang-kurangnya saya dapatlah beli barangan keperluan serta menyara keluarga,”katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, kata Azlee, sebagai ketua keluarga dan menyandang tugas suami dan bapa, dia tidak boleh mempamerkan kelesuan atau memilih jalan untuk patah semangat.

“Semua tahu sekarang ini untuk sektor perfileman dan kesenian, kita tak boleh lagi beroperasi secara menyeluruh dan terhad. Jadi, kebanyakan kerja penggambaran termasuk perancangan untuk konsert Senario juga tidak dapat kami jalankan lagi.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Sehingga kerajaan membenarkan semula sektor ini dibuka, maka saya sebagai seorang ketua keluarga kena juga cari jalan untuk menyara keluarga. Sepatutnya saya dan anggota Senario lain menjalani penggambaran untuk filem terbaru kami di Terengganu.

“Begitu juga dengan Konsert 25 tahun Senario yang sepatutnya diadakan bulan November yang terpaksa ditunda. Saya tak hampa, nak buat macam mana keadaan memaksa. Apa pun, kita berusaha cari makan menerusi cara lain dan saya pilih berniaga buah-buahan ini,”katanya.

Dalam pada itu, Azlee juga melahirkan rasa terharu kerana baru-baru ini didatangi pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) yang singgah ke gerainya di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh.

Berbesar hati dengan kunjungan itu, Azlee juga terharu kerana UEL sempat memberikan kata-kata semangat buatnya dalam mencari rezeki selain membeli buah-buahan jualannya.

“Bagi saya, ia satu kejutan yang amat besar. Saya sangat terharu dengan kehadiran ustaz yang sanggup turun padang bertemu dengan saya di tapak berniaga, mungkin dia tahu kerana ada pihak yang sudah menularkan perkara ini di media sosial.

“Tapi saya ambil semangat yang dia berikan dan jadikan ia sebagai satu sumber dan ilham untuk saya mencari rezeki di kala pandemik. Terharu dan bersyukur kerana selepas dia datang, ramai orang beli buah di gerai saya tidak lama kemudian,sampai licin,”katanya.

Azlee Senario : Lepas Ebit datang, makin laku

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker