UMNO akan kembali memimpin negara
UMNO akan kembali memimpin negara. Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid memberi bayangan bahawa UMNO bakal kembali memimpin semula negara ini di tengah-tengah spekulasi peletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.
Jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) itu, beliau turut menganggap pengakhiran siri perjuangan bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini sebagai suatu permulaan sempurna buat UMNO.
Lebih menarik, beliau turut bertekad untuk lebih beristiqomah dan beraksi dengan lebih ‘terbilang’ bagi episod siri perjuangan yang mendatang, dipercayai merujuk pembentukan sebuah kerajaan baharu yang diterajui UMNO.
Bagaimanapun, beliau melalui hantaran Facebook peribadinya tidak menjelaskan perincian kerajaan baharu yang bakal dikemudi UMNO kelak.
Pada masa sama, Mastura turut mengharap para pengikut media sosialnya agar lebih berlaku adil terhadapnya dalam episod perjuangan beliau bersama kerajaan baharu diterajui UMNO itu.
“Untuk episod seterusnya dalam siri perjuangan yang mendatang ini, saya bertekad untuk terus istiqomah beraksi lebih terbilang.
“Sudah tiba masa kita sama-sama memelihara bicara jari. Rukun negara kelima, ‘Kesopanan & Kesusilaan’ harus kita hadam semula. Sebagaimana tekadnya saya berjuang demi rakyat dan tanah air, diharapkan kalian juga tekad berlaku adil terhadap saya di episod perjuangan rakyat yang akan datang ini.
“UMNO akan memimpin semula negara tercinta ini. Jadikan pengakhiran siri ini suatu permulaan sempurna buat UMNO,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau pada Isnin.
Beliau berkata demikian di tengah-tengah spekulasi Muhyiddin yang juga Pengerusi PN bakal meletak jawatan setelah dijangka hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada tengahari tadi.
Sejak Sabtu, spekulasi peletakan jawatan Muhyiddin sudah menjadi buah mulut rakyat susulan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu akhirnya mengesahkan beliau sudah tidak mempunyai sokongan majoriti 220 ahli Parlimen.
Senario itu berlaku susulan 15 ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertindak menarik sokongan terhadap Muhyiddin bermula 3 Ogos lalu.
Spekulasi peletakan jawatan Muhyiddin juga turut disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof selepas menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada Ahad.
Ketika ini, nama-nama seperti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah; Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut-sebut antara berpotensi dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Pada Ahad, media tempatan melaporkan terdapat satu pertemuan di antara Ismail Sabri dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan cadangan Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri baharu bagi menggantikan Muhyiddin dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri dijangka akan diberikan kepada Bersatu.
Dalam pada itu, Mastura meluahkan kekesalan beliau terhadap sikap segelintir pembuli siber yang berterusan memaki hamun beliau sepanjang menggalas tugas sebagai timbalan menteri dalam kerajaan PN.
Bahkan, beliau berpandangan keberaniannya mempertahankan prinsip menentang pengambilalihan pimpinan liberal dan tidak merdeka jiwa, meletak dirinya dalam ancaman kecaman sepanjang perkhidmatan.
“Tidak cukup dengan bebanan dikecam pimpinan bahagian di kawasan, batu pula digalas akibat cuba mempertahan cerminan mulia UMNO di mata rakyat kebanyakan.
“Konflik dendam amarah pimpinan terhadap seteru dengan dambaan harmoni rakyat, menjadikan saya dalam keadaan yang sangat bahaya maki-makian. Apa sahaja pilihan yang kami Ahli Parlimen ada, tertakluk kepada sumpah setia khidmat seorang Wakil Rakyat dan anggota kabinet kerajaan.
“Si Pembuli Siber tidak pernah putus asa merobek jiwa sebaik celiknya mata hingga tiba waktu lena. Anak-anak kesayangan tidak terkecuali diburu sama.
“Walau bergelar Timbalan Menteri, tidak pernah lagi saya manfaat Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi mengajar si lancang bicara siber. Cuba membesar jiwa menganggap semua rakyat pimpinan saya terima seadanya, umpama menerima setandan pisang yang pasti tidak semuanya cantik,” katanya.
UMNO akan kembali memimpin negara
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Perikatan Nasional tumbang? Muafakat Nasional dijangka kembali ‘bernyawa’
- Harap muka saja cantik bukan jaminan
- MIC desak UMNO pilih Ismail Sabri
- Mampukah Anwar tamatkan sumpahan PM Tepi?
- Parti tentukan calon PM, bukan individu
- Ismail Sabri jumpa Mahathir dapatkan sokongan
- Resepi nasi ulam Kedah sedap dan berkhasiat
Layari Laman Facebook MYKMU
Mesyuarat biro politik, MT Umno akan pilih tiga nama calon PM interim