Penjawat awam jalankan amanah seperti biasa

Penjawat awam akan kekal bebas tanpa dipengaruhi sebarang ideologi politik dalam meneruskan khidmat menjaga kesejahteraan negara secara menyeluruh di bawah institusi diraja.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, perkhidmatan awam merupakan tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.

Beliau berkata, penjawat awam perlulah bijak mendepani cabaran dan memberi tumpuan kepada pengurusan risiko serta sentiasa di lapangan untuk memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas terutama dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19.



“Walaupun kerajaan datang dan pergi bersilih ganti, perkhidmatan awam tetap kekal setia dalam neutraliti,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Isnin, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatan beliau sebagai perdana menteri dan seluruh kabinet.

Sementara itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai ‘caretaker’ perdana menteri sehingga perdana menteri baharu dilantik.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, Cuepacs berharap kerajaan baharu yang akan dibentuk dapat terus menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat serta negara.



Jelasnya, walaupun bertukar kerjaaan, keutamaan rakyat dan negara adalah menjadi tanggungjawab daripada kepentingan lain.

“Penjawat awam akan terus memberikan perkhidmatan berkualiti dan berkesan untuk rakyat serta negara bersandarkan, taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah,” ujarnya.

Penjawat awam jalankan amanah seperti biasa


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mesyuarat biro politik, MT Umno akan pilih tiga nama calon PM interim



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker