Anak Allahyarham Harussani meninggal dunia akibat COVID-19
Anak Allahyarham Harussani meninggal dunia akibat COVID-19
IPOH: Anak sulung bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria, A Abdul Hakim Mazhar, 54, meninggal dunia awal pagi tadi akibat COVID-19.
Adik bongsu Allahyarham A Abdul Hakim, Datuk Ahmad Wafi, 44, ketika dihubungi sebentar tadi, berkata Allahyarham meninggal dunia jam 3.30 pagi.
Katanya, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan tempat bapa mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat, di sini.
“Allahyarham meninggalkan empat anak masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 hingga 28 tahun,” katanya.
Akhir Mei lalu media melaporkan Harussani, 82, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat COVID-19 yang ketika itu turut menjangkiti isterinya, Puan Seri Ainon Abdul Ghani. BH
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Anak Allahyarham Harussani meninggal dunia akibat COVID-19
Baca Artikel Menarik :
- Perikatan Nasional tumbang? Muafakat Nasional dijangka kembali ‘bernyawa’
- Harap muka saja cantik bukan jaminan
- MIC desak UMNO pilih Ismail Sabri
- Mampukah Anwar tamatkan sumpahan PM Tepi?
- Parti tentukan calon PM, bukan individu
- Ismail Sabri jumpa Mahathir dapatkan sokongan
- Resepi nasi ulam Kedah sedap dan berkhasiat
Layari Laman Facebook MYKMU