Data MySejahtera tunjuk lebih ramai ‘check in’ ketika lockdown dari PKP 3.0

Data MySejahtera tunjuk lebih ramai ‘check in’ ketika lockdown dari PKP 3.0

Lebih ramai orang mendaftar masuk dengan aplikasi MySejahtera ketika perintah sekatan pegerakan penuh yang lebih ketat (1 Jun dan seterusnya) berbanding semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0, menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Orang ramai dikehendaki mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera ketika mengunjungi mana-mana premis, yang bukan saja untuk memudahkan pengesanan kontak tetapi juga dapat memberikan petunjuk pergerakan mereka.



Menurut data yang dikeluarkan di GitHub, jumlah individu yang mendaftar masuk menurun dengan ketara sejak pelaksanaan PKP 3.0 bermula 12 Mei di semua negeri (Kuala Lumpur bermula pada 7 Mei), namun jumlahnya kembali meningkat dalam tempoh total lockdown berikutnya.

Keadaan ini berlaku walaupun prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat semasa total lockdown berbanding dengan tempoh PKP 3.0.

Data daftar masuk merangkumi jumlah lawatan, lawatan unik dan lokasi unik. Unik bermaksud lawatan berulang hanya dikira sekali.

Jumlah daftar masuk di Selangor meningkat 13.3 peratus semasa lockdown.



Purata daftar masuk individu secara harian di Selangor adalah 1.98 juta sepanjang tempoh lockdown (1 Jun hingga 2 Julai), meningkat 13.3 peratus daripada 1.75 juta semasa PKP3.0 (12 Mei hingga 31 Mei).

Hampir semua negeri menyaksikan kenaikan purata daftar masuk individu semasa lockdown berbanding PKP 3.0, antara 1.6 peratus (Sarawak) hingga 30.8 peratus (Perlis).

Hanya Labuan yang menurun 31.8 peratus, diikuti oleh Sabah pada 1.9 peratus, Putrajaya 1.5 peratus dan Kuala Lumpur pada 0.2 peratus.

Peningkatan daftar masuk seiring dengan jumlah kes Covid-19 terutama di Lembah Klang, mendorong kerajaan mengetatkan lagi sekatan di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.



PKPD di sebahagian besar Selangor dan 15 kawasan di Kuala Lumpur dari 3 Julai hingga 16 Julai menyaksikan penurunan daftar masuk yang tidak rata.

Purata daftar masuk individu harian di Selangor semasa PKPD merosot 7.1 peratus kepada 1.84 juta berbanding 1.98 juta semasa total lockdown.

Bagaimanapun, perubahan dalam daftar masuk harian individu di Kuala Lumpur adalah sedikit, mencatatkan penurunan 1.2 peratus daripada 1.40 juta kepada 1.38 juta.

Ini antaranya disebabkan PKPD di Selangor lebih meluas berbanding dengan kawasan yang terhad di Kuala Lumpur.



Kerajaan melaksanakan beberapa SOP ketika PKP 3.0 untuk mengehadkan pergerakan orang ramai dalam usaha mengekang penyebaran Covid-19.

Walaupun semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, ia juga mewajibkan orang ramai bekerja dari rumah dan melarang makan di restoran.

Sekatan itu termasuk mengehadkan kawasan pergerakan dalam jarak 10km dan mengurangkan jumlah maksimum penumpang kenderaan dari tiga kepada dua orang.

Hanya 17 sektor ekonomi dan perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60 peratus pekerja.



Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang pada masa itu adalah menteri kanan yang bertanggung jawab ke atas SOP, mengatakan bahawa sekatan itu akan mengurangkan jumlah pekerja dari 15 juta kepada 1.5 juta.

Jumlah daftar masuk menurun dengan ketara dalam PKP 3.0.

Secara keseluruhan, jumlah daftar masuk individu di Malaysia perlahan-lahan meningkat pada Disember 2020 dan menurun kembali setelah PKP 2.0 dikenakan pada Januari 2021, tetapi secara beransur-ansur meningkat lagi dan mencapai kemuncaknya pada pertengahan April.

Jumlahnya sedikit menurun antara pertengahan April dan awal Mei, dan menurun dengan ketara setelah PKP 3.0 dilaksanakan.



Data menunjukkan bahawa jumlah individu yang mendaftar masuk adalah 8.55 juta (jumlah daftar masuk 23.3 juta) pada 11 Mei dan menunjukkan penurunan yang ketara (75 peratus) kepada 2.1 juta (jumlah daftar masuk 3 juta) pada 30 Mei.

Bagaimanapun, jumlahnya meningkat semula di kebanyakan negeri setelah total lockdown dilaksanakan pada 1 Jun. Angka-angka terseberada di at bas 6 juta selepas 8 Jun, dan angka-angka sekarang berada pada aliran menaik yang menuju ke tahap sebelum PKP 3.0. Mk

Data MySejahtera tunjuk lebih ramai ‘check in’ ketika lockdown dari PKP 3.0


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker