Tawaran Perdana Menteri satu penghinaan – Anwar
Tawaran Perdana Menteri satu penghinaan – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tawaran diberi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu penghinaan kepada ketua pembangkang.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, dalam keadaan rakyat susah dan terbeban akibat kesan pandemik COVID-19, tawaran sebegitu tidak mampu menyelesaikan masalah.
“Tak pernah saya sebut. Tak pernah saya minta. Tak pernah saya fikir pun munasabah untuk dalam keadaan pandemik, ekonomi yang meleset ini mahu dapat RM40,000, RM50,000 gaji tambahan dan kemudahan setaraf menteri kanan.
“Saya tidak langsung berfikir ini wajar dan munasabah. Takkanlah ini boleh dibuai. Bagi saya satu penghinaan, orang nak dapat RM50, RM100 tambahan sebulan untuk cari nafkah anak-anak pun susah, kamu pelawa ketua pembangkang RM40,000, RM50,000 sebulan tambahan dengan segala status dan sebagainya.
“Sebab itu saya tegas menolak, saya tidak mahu menilai motif dan niat masing-masing, tetapi apa yang nyata dan dizahirkan itu adalah percubaan licik tanpa memikirkan masalah rakyat,” katanya dalam sidang video secara maya di Facebook beliau malam ini.
Anwar berkata demikian sebagai mengulas tawaran kerjasama bipartisan dibuat Muhyiddin semalam kepada Ahli Parlimen pembangkang serta faedah setaraf menteri kanan yang diberi kepada ketua pembangkang.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, dalam kedudukan Perdana Menteri sudah hilang majoriti, tidak munasabah untuk beliau mengemukakan apa-apa tawaran.
Baca Artikel Menarik :
- Kegilaan Mahiaddin Md. Yassin yang terdesak
- Pegawai menteri mula kemas pejabat
- Muhyiddin akan letak jawatan dalam tempoh terdekat
- PM cuba gambarkan PN ‘mangsa’, tapi mangsa sebenar 12k korban Covid
- Bos Mydin bidas gabenor BNM berhubung moratorium pinjaman
- Resepi Ayam Madu Leleh Confirm Sedap
- Izara Aishah padam semua gambar tak bertudung
Layari Laman Facebook MYKMU
“Perdana Menteri mengaku sudah hilang majoriti dan dalam keadaan begini tidak munasabah untuk kita memberi pertimbangan apa-apa usul yang beliau kemukakan kerana usul itu harus dikemukakan Perdana Menteri yang baharu.
“Ya… Ahli Parlimen penting dapat peruntukan, tetapi nyawa rakyat pun penting. Kehidupan orang tiada pekerjaan, yang susah terpaksa mengemis minta pertolongan, itu lebih penting dan wajar kita pertimbangkan bukan soal survival Ahli Parlimen atau ketua pembangkang,” katanya.
Justeru, beliau menyarankan supaya Muhyiddin wajar mengikut jalur perlembagaan yang sepatutnya dengan meletak jawatan secara terhormat.
“Perdana Menteri ikutlah jalur yang munasabah iaitu menghormati prinsip perlembagaan. Ikutlah prinsip perlembagaan dan letak jawatan secara terhormat dan biarlah kita ambil langkah maju ke depan.
“Kita perlu lakukan politik baharu yang tidak berasaskan politik dendam. Kemudian politik yang tidak terlalu diheret dengan kepentingan peribadi,” katanya. BH
Tawaran Perdana Menteri satu penghinaan – Anwar
Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’
You must be logged in to post a comment.