Tindakan pujuk, sogok ahli Parlimen tak lagi relevan

Tindakan pujuk, sogok ahli Parlimen tak lagi relevan – Asyraf

KUALA LUMPUR – Apa sahaja tindakan sama ada mahu memujuk mahu pun menyogok ahli-ahli Parlimen di luar Dewan Rakyat untuk mendapat sokongan tidak lagi relevan ketika ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata, ini kerana parti kerajaan tiada lagi sokongan majoriti selepas 14 ahli Parlimen UMNO menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan (PN) baru-baru ini.

“Apa juga tindakan Perdana Menteri untuk memujuk ke, untuk menyogok ke itu semua tidak relevan kerana apa juga tindakan sekarang akan dipersoalkan dari segi keabsahannya.

“Apabila UMNO mengutus warkah pada 30 Julai kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA), salinan kepada Speaker Dewan Rakyat dan disahkan Datuk Azhar Azizan Harun maka pada waktu itu 114 tolak lapan, tinggal 106, hilang majoriti.

“Pada 4 Ogos, Presiden UMNO telah memutuskan satu lagi warkah kepada YDPA menyatakan terperinci nama-nama dan surat-surat Akuan yang mutakhir berjumlah 14 orang yang sudah didedah dan dipaparkan di laman web rasmi UMNO,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau mengulas tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang mempengerusikan mesyuarat khas bersama ketua-ketua parti Perikatan Nasional (PN) dari Sabah dan Sarawak.

Mesyuarat khas yang bermula jam 5 petang itu dihadiri Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

MalaysiaGazette difahamkan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai juga turut hadir dalam mesyuarat yang sama.

Ahli Parlimen Pagoh itu mempengerusikan mesyuarat khas petang semalam dipercayai bagi memeterai konsensus untuk mengekalkan sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, Muhyiddin dalam perutusan khasnya memberi jaminan beliau akan membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri dengan membawa usul percaya terhadap dirinya dalam sidang Parlimen, 6 September ini.

Ia susulan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos lalu yang sebulat suara menarik sokongan daripada Kerajaan PN dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. MG

Tindakan pujuk, sogok ahli Parlimen tak lagi relevan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker